berita

Rakan Bersubahat Belasah Seorang Remaja Sebelum Mati Ditolak Dari Puncak Tebing

October 4th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, dipukul sebelum mati terjatuh dari puncak tebing.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 14 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 12

Artikel Berkaitan: Wanita Separuh Bogel Jatuh Dari Tingkat 7, Teman Lelaki Didakwa Pegang Kaki Mangsa Dalam Keadaan Terbalik

Jatuh tepi tebing

Menerusi laporan Mirror UK, mangsa Elif Cakal keluar bersama dua rakannya serta dua budak lelaki dan mereka berhenti di kawasan yang agak berbahaya di Turki untuk membelasah Elif.

Keempat-empat suspek memberitahu polis bahawa Elif telah minum dan terjun dari tebing dengan sendirinya.

Namun, tular satu video yang menunjukkan mereka menyerang Elif. Disebabkan video yang tular itu, dua orang suspek Ufuk Boku dan Gyrkan Kalmaz, 18 dikenakan penjara selama 40 tahun, manakala dua lagi suspek Tuana Y dan Senem T harus dipenjarakan selama 22 tahun kerana mereka di bawah 18 tahun.

Menerusi video yang tular itu, Semen T, telah bersubahat dengan seorang suspek lelaki untuk merakam dirinya membelasah Elif. Dalam video itu, Elif ditumbuk, ditampar dan ditendang sambil merayu agar dua rakannya itu berhenti.

Ibu kepada Elif, Hacer Cakal mendakwa dua rakan anaknya telah menolak Elif dari tebing dan Elif juga telah menerima ugutan bunuh sebelum dia jatuh.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×