berita

Remaja Dirogol Dalam Lokap, 11 Pegawai Polis Berdepan Buang Kerja, Turun Pangkat

February 16th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seramai 11 orang pegawai polis akan dikenakan tindakan tatatertib kerana didapati cuai ketika menjalankan tugas sehingga menyebabkan berlakunya kes rogol di dalam lokap di Balai Polis Pusat Miri, Sarawak.

Artikel Berkaitan: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Tahanan Lelaki Disyaki Rogol Remaja Perempuan Dalam Tandas Lokap

Mangsa berusia 16 tahun dipercayai telah dirogol oleh seorang tahanan lelaki pada 9 Januari lalu.

11 pegawai polis kena tindakan

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Sinar Harian, kesemua anggota polis yang terdiri daripada pegawai kanan dan rendah akan diturunkan pangkat atau dibuang kerja susulan daripada kecuaian dan salah laku ketika menjalankan tugas. Difahamkan, tahanan lelaki (suspek) yang berusia 19 tahun juga telah dituduh di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, sebelum ini dua orang anggota polis yang bertugas pada waktu kejadian telah digantung tugas.

Mereka telah dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 9 Februari lalu.

Dua laporan polis diterima

Sekadar gambar hiasan

Jelas Zari lagi, sebanyak dua laporan polis telah diterima berhubung kejadian termasuk laporan daripada seorang anggota polis dan mangsa rogol.

Laporan pertama yang dibuat oleh seorang anggota polis melibatkan kejadian rogol telah disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Laporan kedua pula dibuat oleh mangsa rogol yang mendakwa berlaku kecuaian daripada pihak polis telah disiasat di bawah Seksyen 166 Kanun Keseksaan dan Seksyen 221 Akta sama.

Sementara itu, kedua-dua kertas siasatan yang dibuka telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Sumber: Sinar Harian, Free Malaysia Today

SKIP THIS AD ×