berita

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Tahanan Lelaki Disyaki Rogol Remaja Perempuan Dalam Tandas Lokap

January 17th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mendakwa dirinya telah menjadi mangsa rogol oleh seorang tahanan ketika dia ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri, Sarawak. Difahamkan, dua orang anggota polis yang dikatakan bertugas pada waktu kejadian juga telah digantung tugas.

Remaja dakwa dirogol tahanan

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Kosmo Online, kejadian itu bermula selepas mangsa ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian haram.

Mangsa kemudian mendakwa ditahan di sebuah lokap dan ditempatkan di sel berasingan dengan 12 lagi tahanan lelaki selama satu malam. Menurut sumber, mangsa merupakan satu-satunya perempuan yang berada di lokap terbabit.

Dua anggota polis digantung tugas

Tambah mangsa lagi, dia mendakwa sel yang menempatkan 12 orang tahanan lelaki itu tidak berkunci dan salah seorang daripada tahanan (suspek) terbabit mempunyai kunci sel tahanan mangsa.

Suspek kemudian bertindak membuka pintu sel tersebut dan merogol mangsa di dalam tandas balai polis berkenaan. Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidil Ismail, suspek telah pun didakwa atas pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Manakala dua orang anggota polis yang bertugas pada waktu kejadian juga telah digantung tugas serta-merta sehinggalah siasatan selesai.

Laporan polis

Sumber: Kosmo Online, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×