Seorang remaja di Thailand nyaris kehilangan zakar selepas dipaksa oleh pelajar ‘senior’ untuk mendapatkan suntikan lilin lebah dan dirakam video untuk tujuan memeras ugut.
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 12 Tahun Jadi Hamba Seks, Terima Pelanggan Dari Media Sosial
Artikel Berkaitan: Lelaki Selamba Tusuk Dua Batang Paku Pada Zakar
Pihak sekolah tidak beri kerjasama
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Thaiger News, ibu mangsa mendakwa kejadian berlaku di sekolah anaknya, namun, kes itu hanya dibiarkan begitu saja kerana pihak sekolah tidak mahu memberi kerjasama terhadap kes tersebut.
Pihak sekolah memberi mereka sebanyak 1,000 baht (RM132.36) bersama bakul hadiah untuk mereka melupakan hal tersebut, malah pihak sekolah turut mengugut untuk menghalau mangsa sekiranya keluarganya tidak menggugurkan kes tersebut.
Disebabkan itu, ibu mangsa memutuskan untuk mendapatkan bantuan daripada pempengaruh media sosial Kannarat “Gun” Pongpaiboonwet kerana dia berasa kasihan dengan anaknya dan mahu pihak sekolah bertanggungjawab terhadap masalah itu.
Merakam dan mengugut
Gambar sekadar hiasan
Menurut ibu mangsa, anaknya diseret ke bilik air oleh pelajar senior dan salah seorang pembuli meletakkan sekeping lilin lebah pada sudu lalu membakar sudu untuk mencairkan lilin lebah, dan menyuntik lilin lebah cair ke dalam zakar anaknya.
Mangsa juga turut memberitahu ibunya bahawa mereka turut merakam perbuatan itu di dalam bilik air dan mengugut untuk menyiarkan video itu kepada umum jika dia memberitahu sesiapa tentang kejadian itu.
Tambah mangsa, kumpulan pembuli itu menjual air ketum dan menghisap rokok di sekolah, namun guru di sekolah tersebut menutup mata dan hanya membiarkan sahaja.
Selepas kejadian tersebut, pembuli itu pergi ke sekolah seperti biasa manakala mangsa dirawat di hospital kerana cedera parah di mana alat sulitnya bengkak dan kemaluannya hampir terputus.
Doktor Hospital Lelux Jirawee Chantaranukul berkata, mangsa mengalami masalah fizikal dan mental. Kecederaan itu boleh mengancam nyawa dan boleh menjadi kanser pada masa hadapan, malah, jangkitan ini telah memusnahkan kebanyakan saraf dalam organ.
Walau bagaimanapun, doktor yakin organ tersebut akan sembuh. Proses perubatan akan mengambil masa kira-kira tiga bulan, bermula dengan penyingkiran semua lilin lebah.
Pempengaruh media sosial, Gun memberitahu bahaawa dia akan membawa perkara ini kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Thai, Surachate “Big Joke” Hakparn, dan juga mendapatkan keadilan untuk mangsa daripada Kementerian Pendidikan.
Sumber: Thaiger News