Salah sebuah stesen televisyen di Korea Selatan, Mnet menerima kecaman hebat daripada penggemar muzik K-pop di seluruh dunia apabila bertindak menggunakan laungan azan dalam sebuah program terbitannya.
Perbuatan tersebut dilakukan Mnet dalam program ‘Street Woman Fighter’. Laungan azan jelas kedengaran dan telah di ‘remix’ bersama lagu lain. Biadabnya!
Guna azan pada bahagian ‘intro’
I need yall on raising awareness on a very controversial topic about mnet’s editing.
In Street Woman fighter Mnet decided to use Adhan as an intro [from 00:57 – 1:40]@MnetKR pic.twitter.com/8UR0knE3Yz— 717 (@luotianguo) September 4, 2021
Menerusi video 0:24 saat, Mnet dipercayai telah menggunakan laungan azan pada bahagian intro lagu latar episod awal rancangan ‘Street Woman Fighter’. Video tersebut telah dimuat naik menerusi saluran YouTube milik mereka sejak 24 Ogos lalu. Perkara tersebut telah mendapat perhatian seluruh masyarakat dunia khususnya yang beragama Islam.
Menurut netizen, tindakan Mnet sangat biadab dan keterlaluan. Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal sehingga perkara tersebut trending di Twitter. Tanda pagar #mnetapologize tuurt dicipta agar menjadi trending sehingga ke hari ini. Malah, netizen turut menuntut permohonan maaf daripad pihak Mnet kerana telah melukai hati penggemar K-pop yang beragam Islam.
Kami minta maaf
Terbaru, wakil daripada pihak Mnet telah memuat naik satu posting permohonan maaf kepada semua berhubung isu lagu yang digunakan dalam program ‘Street Woman Fighter’. Menurut pihak produksi, lagu tersebut merupakan lagu ‘elektronik’ yang sudah berdaftar. Oleh itu, mereka merasakan lagu tersebut merupakan pilihan yang sesuai untuk dijadikan lagu latar program berkenaan. Ujar pihak produksi, mereka tidak mempunyai sebarang niat yang tidak baik atau menghina mana-mana agama.
Justeru itu, mereka memohon maaf kepada semua yang telah kecewa sebaik sahaja mendengar lagu tersebut. Jelas pihak Mnet lagi, mereka akan memuat naik semula video berkenaan selepas menggantikan lagu yang sedia ada kepada lagu yang baru. Di akhir permohonan maaf, Mnet memberitahu bahawa mereka sangat menghormati pandangan dan luahan para peminat di seluruh dunia. Ucapan terima kasih turut diberikan kepada peminat setia program ‘Street Woman Fighter’.
Buat pengetahuan korang, ‘Street Woman Fighter’ merupakan program pertandingan menari yang menampilkan peserta wanita sahaja.
Sumber: Mnet Dance