
Pelakon, Datuk Remy Ishak berkongsi pengalaman dirinya sewaktu berlakon filem pertama berjudul ‘Anak Halal’ sekitar tahun 2007.
Artikel Berkaitan: Remy Ishak Pelik Video Tolong Isteri Jaga Anak Raih Perhatian – ‘Suami Sekarang Tak Begitu Ke?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Remy Ishak Jawab Dakwaan Beri Galakkan Buruk Pakai Cincin Hidung Palsu – ‘Itu Bukan Tanggungjawab Saya’
Gementar berlakon dengan ‘superstar’
Menurut Remy atau nama lengkapnya Mohammad Zalimei Ishak, dia berasa sangat gementar kerana perlu bergandingan bersama beberapa nama hebat seperti Maya Karin, Fasha Sandha dan Farid Kamil.
Projek (filem) pertama saya adalah ‘Anak Halal’ dan pada saya itu adalah projek yang besar sebab gaji boleh cakap dapat untuk lima bulan jugalah.
Dahlah projek pertama, berlakon pula dengan Farid Kamil, Maya Karin dan Fasha Sandha. Masuk set penggambaran menggigil bro.
Ada satu babak itu saya kena main gitar. Saya memang boleh main gitar tapi bila kena main depan ‘superstar’ seperti Maya, Fasha dan Datuk Adi Putra, jari jadi keraslah.
Sampaikan pengarah suruh saya ‘cut’ dan pergi berlatih semula.
Remy berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu di sesi podcast ‘Sembang Seram’ yang dikendalikan Safwan Nazri.
Walau bagaimanapun, pelakon filem ‘Cun’ memaklumkan dia berjaya berdepan dengan rasa gementar itu dan bersyukur kerana berjaya menghabiskan sesi penggambaran.
Zaman itu pula adalah di mana masih menggunakan ‘filem can’, maksudnya bukan digital di mana setiap satu ‘can’ bernilai RM800 dan hanya ada empat minit sahaja.
Jadi, kami memang tak boleh buat silap masa berlakon. Sebelum itu memang banyak buat latihan.
Tapi Alhamdulillah walaupun gementar dan habiskan banyak ‘filem can’, saya berjaya habiskan juga penggambaran.
Sumber: TikTok