berita

Renjatan Elektrik, Kebakaran Telefon Berpunca Dari Bateri Lemah & Soket Longgar

December 6th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kelmarin viral seorang remaja lelaki maut ketika tidur akibat terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbitnya di rumahnya di Rembau. Mohd Aidi Azzhar Zahrin, 16, disedari meninggal dunia oleh ibunya jam 12.45 tengah hari selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan luka atau lebam pada badan mangsa kecuali telinga kirinya terdapat kesan darah. Ketika kejadian, mangsa sedang memakai earphone sementara telefon bimbitnya sedang dicas.

Usah pandang remeh

Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor mengeluarkan amaran susulan kes renjatan elektrik telefon bimbit.

Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor menegaskan amaran susulan kejadian tragis tersebut.

Menurut Hafisham, sambungan soket yang longgar atau bocor adalah punca renjatan elektrik berlaku, manakala kebakaran bateri pula akibat kondisinya yang lemah atau sudah lama.

Kes renjatan atau kejutan elektrik ini biasanya berpunca daripada sambungan soket yang bocor mengakibatkan pengaliran elektrik keluar sekali gus ‘menangkap’ mangsa atau pengguna. Kejadian sebegini boleh membawa maut akibat pengaliran voltan yang tinggi.

Berbeza dengan kejadian bateri telefon yang terbakar, itu adalah berpunca daripada bateri yang lemah menerima pengaliran tenaga elektrik tinggi mengakibatkan bateri mengalami penyimpanan haba yang tidak konsisten seterusnya mengakibatkan kebakaran.

Elak guna telefon bimbit ketika dicas

Walaupun kes-kes berkenaan agak kurang peratusannya di Malaysia, namun ia perlu dititikberatkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Nasihat untuk individu di luar sana, jangka masa dan kekerapan penggunaan bateri merupakan punca utama kepada kemalangan kebakaran bateri dan renjatan elektrik. Jika badan telefon panas walaupun dalam keadaan ia tidak dicas, itu menunjukkan bahawa bateri dalam keadaan yang lemah.

Seelok-eloknya hindari daripada menggunakan telefon pintar yang sedang dicas dan itu adalah tindakan yang paling baik untuk mengelakkan daripada berlaku kecelakaan.

Tambahan lagi, Suruhanjaya Tenaga telah menerima dan menyiasat sebanyak 914 kes kemalangan elektrik termasuk kes renjatan elektrik akibat bermain telefon ketika dicas. Sebanyak 457 kes maut telah dicatatkan daripada jumlah kes tersebut sejak tahun 2002 hingga 2017.

Sumber: Utusan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×