berita

Wanita Kurang Upaya Maut Selepas Terkena Renjatan Elektrik

November 8th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Satu kemalangan tragis telah berlaku di Sam Khok, Thailand apabila seorang wanita kurang upaya maut selepas terkena renjatan elektrik.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Kurang Upaya Maut Dihempap Lif

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Main Lastik Getah Dengan Kekasih, Netizen Tak Sabar Tengok Azal Naik Pelamin – ‘Sweet Je!’

Pulang dari kedai

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Thaiger News, kejadian berlaku ketika Wila, 46, pulang dari kedai untuk membeli minuman tenaga.

Difahamkan, Wila ditemui terbaring di sebelah tiang elektrik, dengan botol minuman tenaga dan kad orang kurang upaya di sebelahnya.

Piyapet yang merupakan pekerja di sebuah kedai berdekatan menceritakan bahawa Wila telah datang ke kedainya untuk membeli minuman tenaga. Dalam perjalanan pulang, dia melintas jalan dan berpegang pada tiang elektrik kerana kakinya yang tidak stabil.

Tidak lama selepas itu, dia rebah dan penduduk tempatan yang melihat kejadian tersebut bergegas untuk membantu lalu menariknya jauh dari tiang. Namun, Wila telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemeriksaan pihak berkuasa elektrik tempatan mendapati terdapat kebocoran arus elektrik dari sambungan pada tiang lampu dan mereka hanya menggunakan pita untuk menebat wayar buat sementara waktu.

Susulan kejadian itu, polis tempatan, pegawai forensik dari Kementerian Kehakiman, dan sukarelawan dari Yayasan Ruamkatanyu telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh untuk merekodkan bukti.

Mayat Wila kemudian dibawa ke Jabatan Sains Forensik Kementerian Kehakiman untuk melakukan bedah siasat terperinci bagi menentukan punca sebenar kematian.

Sumber: Thaiger News

SKIP THIS AD ×