berita

Resepi Bingsu Sedap Tanpa Guna Mesin Pengisar Ais

October 2nd, 2019 | by Shafika
MyResipi

Pencuci mulut sememangnya antara makanan pelengkap selepas menikmati selera hidangan utama. Lebih-lebih lagi buat penggemar manisan. Namun bagi yang kurang menggemari makanan manis, anda mungkin boleh mencuba resepi Bingsu ini. Apa yang menariknya resepi ini tidak perlu menggunakan mesin pengisar ais.

Hanya dengan menggunakan beberapa bahan, maka terhasillah Bingsu ala-ala Sawasdee Sungai Kolok. Fuh jimat duit dan tak perlu pergi jauh-jauh.

Bahan-bahan

Bahan-bahan
1-Susu cair(Nak rasa seperti bingsu di Sawasdee Sungai Kolok wajib guna susu cair brand Carnation)
2-susu segar(tak kisah brand apa)
3-almond flakes
4-buah-buahan.Suka hati korang nak guna buah apa.(saya guna honeydew,rockmelon,tembikai,laici,buah naga)
5-hershey’s syrup(tak nak letak pon tak pe)
6-whipping cream(nak letak susu manis pon boleh)
7-Melon baller untuk effect buah jadi bulat.

Cara-caranya


1-Masukkan susu manis setengah tin,susu cair setengah tin dan masukkan tiga cawan air,(kalau suka berlemak,lebihkan susu cair)kalau korang tak suka manis boleh kurangkan susu manis.
2-Masukkan kedalam plastik dan bekukan ke dalam fridge(Saya bekukan semalaman)So kalau plan nak makan esok,malam ni dah boleh sediakan bahan untuk dibekukan.
3-Setelah susu dibekukan,keluarkan dan masukkan dalam food processor/pengisar untuk parut.(Saya just hancurkan dengan sudu je).
4-Masukkan susu yang dihancurkan ke dalam mangkuk,susun buah-buahan,tabur almond flakes dan hersheys syrup.Siappp!
*Bingsu mudah cair so pastikan buah-buahan disediakan terlebih dahulu.Dah siap cepat-cepat makan.Urmm dapnyaa

Sumber : Nuruasikin MNasir

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×