berita

Resepi Pizza Cheese Tak Perlu Uli. Hanya Guna Roti Paratha Segera Saja!

April 15th, 2019 | by Ai
MyResipi

Pizza antara sajian enak yang digemari ramai. Rasanya yang sedap dengan aneka jenis topping dan lelehan cheese yang melimpah pastinya memukau selera. Kali ini, jika anda teringin nak makan pizza, tak perlu lagi beli kerana anda boleh membuatnya sendiri dirumah.

Resepi kali ini, penyediaan pizza hanya menggunakan roti paratha segera sahaja, tak perlu uli langsung! Memang mudah dan menjimatkan.

Bahan-bahan

  • Roti paratha (dijadikan sebagai dough)
  • Sos Spaghetti Kimball
  • Nanas dipotong dadu
  • Bawang besar dipotong kecil
  • Sosej dipotong kecil
  • Mozarella (jenama Anchor)
  • Mentega (untuk disapu pada tray oven)

Cara-caranya

1. Sapu rata mentega pada tray oven. Letakkan kepingan paratha (paratha yang tak dibekukan).

2. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Api atas bawah.

3. Sapukan sos spaghetti di atas paratha sehingga rata. Kemudian, taburkan mozarella.

4. Susun sosej dan taburkan pula nanas dan bawang.

5. Seterusnya, taburkan mozarella di atasnya.

6. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 atau 180 darjah.

7. Siap!

Sumber: Khairunnaim5

SKIP THIS AD ×