berita

Resepi Puding Karamel Mudah & Sedap Juadah Untuk Berbuka Puasa

April 19th, 2019 | by Amirul Asraf
MyResipi

Pencuci mulut atau pemanis merupakan antara makanan yang sering menjadi kegemaran. Lihat sahaja kalau buffet makanan di restoran atau hotel, pasti ruangan pemanis paling mendapat perhatian. Ramai yang menganggap menu sebegini sukar dibuat dan leceh. Betul tak?

Kali ini, kami nak kongsi resepi puding karamel yang mudah dan senang dibuat. Paling best, rasanya setaraf makanan buffet. Tak percaya? Cubalah sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Susu kotak full cream atau low fat (ikut suka jenama apa yang korang nak pakai, kalau susu cair pun boleh)
  • 1/2 cawan gula pasir (untuk dilarutkan dengan susu)
  • 3/4 cawan gula pasir (untuk buat gula hangus)
  • 8 biji telur gred A (kalau tak ada gred B pun boleh)
  • Bekas tau fu fah

Cara penyediaan

1. Guna susu cair 1 tin dan tambah air sehingga dapat 1 liter.

2. Masukkan 1/2 gula pasir dengan susu tadi untuk melarutkan gula.

3. Kemudian ambi 3/4 gula pasir untuk buat gula hangus.

4. Selepas gula dah hangus masukkan 1 cawan air panas. Dah cair gula, tutup api dan ketepikan.

5. Untuk elakkan gula caramel bercampur dengan susu. Guna sukatan gula sama dengan air. Contoh 1/2 cawan gula dan air 1/2 cawan juga.

6. Sejukkan gula karamel sebelum tuang susu.(saya bagi tip sebab ada yang bermasalah gula tercampur susu).

7. Pukul telur dengan manja menggunakan whisk (jangan ganas sangat nanti banyak gelembung udara, tak cantik nanti rupa pudingnya).

8. Kemudian masukkan susu yang bergula dan baki susunya tadi sehingga habis kedalam telur.

9. Masukkan juga esen vanila 1 1/2 sudu teh untuk hilangkan bau telur. (Sebatikan manja lagi dengan whisk dan tapis).

10. Kemudian ambik bekas tau fu fah yang biasa kita nampak orang jual, isi kan gula hangus tadi. Boleh dapat dalam 8 bekas.

11. Lepas tu, bahagikan 8 sukatan susu yang dah bercampur semua bahan dan tuang ke dalam bekas bergula hangus tadi.

12. Kukus dalam 30 minit dengan api yang sederhana agar pudingnya cantik dan tak nampak banyak sangat gelembung udara.

13. Kalau yang pakai oven, korang boleh buat cara double boil. 1 jam diperlukan dengan suhu 150°C. Hasilnya sangat bezalah sikit. Lebih halus dan smooth.

14. Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk supaya enak dimakan.

Dah siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Nazeera Abdullah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×