berita

Resepi Sup Telur Chinese Style, Simple & Sangat Menyelerakan

March 31st, 2020 | by Shahira
MyResipi

Memang tidak dapat dinafikan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020, pastinya golongan wanita terutama ibu-ibu pening memikirkan menu masakan yang mudah dan simple untuk disediakan buat seisi keluarga. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang mengambil peluang ini untuk mencuba resepi baru.

Buat pembaca OHBULAN! Kali ini kami akan berkongsi satu resepi yang sangat simple iaitu resepi Sup Telur Chinese Style yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Zurina Zulkefli.

Bahan-bahan yang diperlukan

Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera. Kebiasaannya sup ini dihidangkan di hotel.

1. Bawang putih (cincang halus)
2. Halia (cincang halus)
3. Kiub pati ayam (tiada MSG)
4. Filamen ketam (dihiris nipis)
5. Telur ayam (dibancuh)
6. Tepung jagung (dibancuh)

Cara memasak

1. Panaskan air di dalam periuk, masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
5. Tambahan perasa, secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
6. Sedia dihidang atau dimakan bersama daun bawang dan minyak bijan.

Dah siap!

Sumber: Zurina Zulkefli

SKIP THIS AD ×