berita

Resipi Mudah Ayam Goreng Ala KFC Guna Air Fyer, Anak-Anak Pun Boleh Buat Sendiri! Memang Sedap

June 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Siti Nor Arbi

Tidak dinafikan menu ayam goreng sering kali menjadi pilihan utama kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Lagi sedap kalau ayam goreng itu garing di bahagian luar dan juicy di bahagian dalam.

Seperti satu posting seorang ibu dikenali sebagai Siti Nor Arbi menerusi kumpulan Resipi Air Fryer Malaysia di laman Facebook berkongsi cara mudah mengoreng ayam menggunakan air fryer. Memang mudah dan sedap!

Artikel Berkaitan: Hanya Guna 3 Bahan, Ini Cara Mudah Buat Chocojar Yang Serius Sedap!

Resipi mudah ayam goreng rangup guna Air Fryer

Foto: Siti Nor Arbi

Ujar wanita ini, menu ayam goreng yang sedia ada dijual di pasaran sering kali menjadi pilihan anak-anaknya sebagai santapan utama. Susulan daripada itu, dia mendapat idea untuk membuat ayam goreng seakan-akan Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mudah untuk diikuti dan boleh dibuat di rumah sendiri.

Langkah-langkah mudah:

1. Ayam basuh bersih.
2. Salut ayam dengan bancuhan air tepung Bestari.
3. Perap dalam 30 minit (letak dalam peti ais).
4. Sediakan bekas lain yang berisi tepung Bestari.
5. Salutkan ayam tersebut. Pastikan tangan kering. Tekan-tekan ayam pada tepung tu. Biarkan jadi berkuping-kuping.
6. Masak sekejap secara deep fry. Toskan minyak. Sejukkan.
7. Bila dah sejuk, susun dalam bekas dan letak dalam freezer.
8. Bila nak masak, masukkan dalam AF. Suhu ikut AF masing-masing. Saya letak suhu 180c, 10minit.
9. Dah masak boleh hidangkan.

Anak-anak saya dah biasa guna AF. Kalau lapar, mereka masak sendiri ayam tu. Senang. Suhu saya dah set sesiap. Mereka putar timing je.

Foto: Siti Nor Arbi

Sumber: Siti Nor Arbi via Resipi Air Fryer Malaysia

SKIP THIS AD ×