Tular di laman sosial sebuah restoran nasi kandar berkongsi insiden yang dianggap lucu namun mengejutkan apabila didatangi seorang individu mengaku dirinya sebagai pempengaruh dan meminta makan secara percuma.

Artikel Berkaitan: Hafreez Adam Dedah Sifat Baik Pelakon Wanita – ‘Saya Hanyalah Nobody Pada Ketika Itu, Tapi Dia Pilih Berbuat Baik’

Influecer nak free

Restoran tersebut mendakwa, pelanggan berkenaan datang bersama keluarganya sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘influencer’ dan menunjukkan akaun TikTok miliknya yang mempunyai sekitar 40,000 pengikut.

Ada seorang pelanggan ini datang bersama keluarga. Sebelum makan dia datang kepada saya kata ‘saya influencer’.

Saya pun kata okay. Lalu dia pun tunjuk TikTok di mana dia mempunyai follower dalam 40,0000. Lepas itu dia kata tak perlu bayar kan.

Namun, pihak restoran bertegas mengatakan pelanggan berkenaan tetap perlu membayar seperti pelanggan lain kerana dia tidak dijemput untuk membuat sebarang promosi atau ‘review’.

Dia kata akan ambil video nasi kandar kami. Saya kata perlu bayar. Nak ambil video itu ikut suka dia sahaja.

Saya tidak menghalang. Tetapi perlu bayar. Sebab bukan saya jemput dia. Jadi influencer bukan bermaksud tak perlu bayar.

Tegas pihak restoran itu, tindakan sedemikian tidak wajar kerana jika semua ‘influencer’ berbuat demikian boleh menjejaskan perniagaannya.

Kalau 10 orang buat macam dia, habislah bankrap, yang ini pun sudah RM53. Lepas dia makan ketika nak bayar masih kata lagi ‘saya influencer’. Dia nak saya bagi free walaupun pada awal saya sudah beritahu yang perlu bayar.

Sumber: Threads