berita

REV Media Group Dinobat Penerbit Digital Terbaik Dua Tahun Berturut-Turut

April 16th, 2021 | by Wan
Kini Trending

REV Media Group (terdahulu dikenali sebagai Media Prima Digital) sekali lagi telah dianugerahkan ‘Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini’ oleh d Awards 2020, Malaysian Digital Association (“MDA”) sekaligus membawa pulang anugerah Emas buat tahun kedua berturut-turut.

Pada edisi d Awards yang lalu, REV Media Group (“RMG”) telah memenangi anugerah yang sama sejak kategori itu mula diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2019, menjadikan RMG pemenang tunggal kategori itu setakat ini.

RMG terus gah

Selain itu, RMG juga telah dinobatkan anugerah Perak bagi ‘Penggunaan Data Terbaik’ dan merupakan calon finalis bagi kategori ‘Penggunaan Media Sosial Terbaik’ tahun ini untuk kempennya dengan Ecoworld berjudul “Shaping Opinions Through The Opinions Of Others”.

Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, REV Media Group berkata penganugerahan ini membuktikan komitmen RMG dalam mencapai matlamat perniagaan.

Kami sangat berbesar hati atas segala usaha kumpulan dalam menyampaikan kandungan dan penyelesaian yang terbaik di seluruh platform kami dikenali oleh pemimpin-pemimpin industri. Penganugerahan ‘Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini’ buat kali kedua berturut-turut membuktikan komitmen dan konsistensi kumpulan ke arah mencapai matlamat perniagaan kami.

Bakat RMG ‘influencer terbaik’

Turut menambah senarai pemenang adalah salah seorang bakat RMG iaitu Nandini a/p Balakrishnan yang telah dinobatkan sebagai ‘Influencer Terbaik Tahun Ini’. Nandini terkenal dengan video-videonya membincangkan isu semasa yang mencetuskan pemikiran sambil berkongsi pendapatnya dengan karakternya yang bersahaja di SAYS.

d Awards dianjurkan oleh Malaysian Digital Association untuk mengenal pasti dan menghargai bakat, agensi, jenama, penerbit dan pembekal perkhidmatan digital yang menerima dan menggunakan teknologi digital. Untuk maklumat lanjut mengenai pemenang tahun ini, layari www.d-awards.com.my.

REV Media Group mewakili lebih daripada 30 jenama terunggul merangkumi pelbagai bahasa dan platform seperti SAYS, OHBULAN !, Viralcham, NST Online, My Metro, BH Online, Mashable SEA dan IGN SEA.

Rangkaiannya yang meluas menjangkaui lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 75 peratus daripada jumlah populasi internet di Malaysia.

SKIP THIS AD ×