
Personaliti media sosial dan YouTuber terkenal Indonesia, Ria Ricis, mendedahkan bahawa dia sedang menjalani rawatan penyembuhan Islam, iaitu ruqyah, sejak awal tahun 2026 dan masih melakukannya hingga kini.
Artikel Berkaitan: Setahun Selepas Cerai, Ria Ricis Dah Temui Pengganti?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Jodohkan Dengan Aisar Khaled, Ini Jawapan Ria Ricis – ‘Dia Lelaki Baik, Sopan & Kelakar
Proses tenangkan diri

Memetik laporan Suara, Ria Ricis atau nama sebenarnya Ria Yunita memaklumkan bahawa dia telah beberapa kali menjalani rawatan ruqyah di beberapa lokasi berbeza seperti di Cianjur, Bogor dan Depok bagi menenangkan emosinya.
Saya sudah beberapa kali menjalani rawatan ruqyah ini, dan untuk tahun 2026 sahaja pun sudah banyak kali saya lakukannya.
Menurut Ria, rawatan ruqyah tidak semestinya berkaitan dengan gangguan makhluk halus sahaja.
Tambahnya lagi, rawatan Islam ini juga bertujuan untuk melalui proses menenangkan jiwa dan menjauhkan diri daripada perkara negatif.
Sebenarnya ruqyah itu, jika dilakukan bukan kerana ganguan makhluk halus sahaja.
Kita tidak tahu apa yang ada dalam diri kita, mungkin ada perasaan resah, gelisah, atau lain-lain yang mengganggu.
Ikut rutin kakak

Berkongsi lebih lanjut, amalan ruqyah ini dipengaruhi oleh kakaknya sendiri iaitu, Oki Setiana Dewi, yang mengamalkannya secara konsisten.
Saya menjalani ruqyah kerana kakak saya sendiri, Ustazah Oki yang juga memang melakukannya sebagai rutin, jadi saya ikut jejak dia.
Ujar bekas isteri kepada Teuku Ryan itu lagi, langkah tersebut diambil kerana dia merasakan rawatan perubatan dan psikologi sahaja belum mencukupi untuk memulihkan trauma mendalam yang pernah dialaminya.
Trauma yang saya alami dahulu membuatkan saya keliru tentang cara untuk merawatnya.
Kerana saya sudah mencuba untuk rawatan psikologi dan pelbagai cara lain lagi, nampaknya saya perlu menjalani ruqyah juga.
Sumber: Suara






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

