Gara-gara berang diminta mengalihkan motosikal kuasa besarnya, seorang lelaki tergamak mendoakan seorang pemilik kedai agar perniagaannya gulung tikar.
Artikel Berkaitan: Enggan Hadir Majlis Tamat Latihan Adik, Rider ‘Naik Hantu’ Tendang & Tumbuk Muka Isteri
Parkir motor di kaki lima
Menerusi hantaran dimuat naik pengguna bernama Zahedy Zakaria di Facebook (FB), difahamkan penunggang motosikal berkenaan bersama beberapa lagi penunggang yang lain meletakkan motosikal mereka di kaki lima berdekatan dengan restoran berkenaan.
Datang ke Johor pergi ke Muar nak makan sate parking motor atas kaki lima kedai, menghalang orang nak niaga.
Bila minta alihkan motor nak berang dan nak tumbuk orang pula, tak puas hati, cari pasal, tak takut dengan polis minta panggil polis datang.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan penunggang motosikal terbabit yang dilihat seperti kebudak-budakan dengan mendoakan agar perniagaan pengusaha restoran itu agar bankrap.
Namun begitu, ada juga wargamaya yang tampil mempertahankan penunggang itu dengan mendakwa terdapat kenderaan lain yang lebih mengganggu kawasan di sekitar premis berkenaan.
Sumber: Facebook