berita

Enggan Hadir Majlis Tamat Latihan Adik, Rider ‘Naik Hantu’ Tendang & Tumbuk Muka Isteri

December 13th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, seorang penghantar makanan telah didakwa atas pertuduhan menumbuk dan menendang isterinya.

Artikel Berkaitan: Hanya Kerana Isu Buah Epal, Pachara Apin Dakwa Dikasari Afiq Muiz, Dia Marah, Tampar, Tolak Ke Dinding Cekik Saya

Artikel Berkaitan: Pelakon Bollywood Dipukul Anak Kandung Sampai Mati, Mayat Dihumban Ke Dalam Sungai

Tak nak ke majlis tamat latihan adik

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kerana mangsa enggan ke majlis tamat latihan adiknya di Port Dickson pada minggu lalu. Bagaimanapun, penolakan itu menyebabkan tertuduh naik berang lalu mencederakan wanita berkenaan.

Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh didakwa kerana mendatangkan kecederaan kepada isterinya, Fadilah Hussin, 39, dengan cara menendang bahagian belakang badan dan menumbuk muka mangsa. Tertuduh, Kamal Ariffin Sehat, 40, telah membuat pengakuan bersalah, namun ditolak oleh Majistret Mazana Sinin kerana ia dibuat ‘secara bersyarat’.

Susulan daripada itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×