berita

Rider Terkejut Dapat ‘Upah’ RM1k, Pelanggan Minta Doakan Supaya Cepat Dapat Zuriat

February 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Faris Faizul

Seorang penghantar makanan dikenali sebagai Faris Faizul, berkongsi kisahnya menerima duit tips daripada pelanggannya setelah selesai menghantar barangan tersebut.

Namun, apa yang membuatkan dia terkejut apabila membuka sampul yang diterimanya dan mengira jumlah duit tersebut. Pada mulanya, lelaki ini ‘tergamam’ dan terus membuat panggilan kepada individu tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga risau jika dia telah terambil sampul yang salah.

Rezeki untuk adik

Foto: Faris Faizul

Menerusi tangkap layar perbualan tersebut, wanita itu memberi pesanan kepadanya untuk mengambil sampul yang telah diletakkan di satu tempat. Setibanya dia di rumah tersebut, dia sekali lagi memberitahu kepada wanita itu barangan yang perlu dihantarkan telah diletakkan ke atas meja. Bahkan, dia sudah mengambil sampul surat seperti mana yang telah diamanahkan oleh pelanggannya.

Namun, setelah sampul tersebut dibuka dia terkejut melihat jumlah duit yang mencecah RM1k. Tanpa membuang masa, dia terus membuat panggilan kepada wanita itu bagi memastikan sampul yang diambil merupakan sampul yang betul.

Ye dik, rezeki adik. Doakan akak dapat zuriat. Nanti kongi-kongsilah dengan kawan-kawan adik ye. Minta diorang doakan akak semoga cepat dapat zuriat. Ok hati-hati.

Jelas wanita itu, duit tersebut memang diberikan khas buatnya dengan kawan-kawan yang lain. Pada masa yang sama, wanita ini turut mengharapkan doa daripada mereka supaya dia dipermudahkan dalam proses mendapatkan zuriat.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan supaya wanita ini terus dimurahkan rezeki dan menerima zuriat seperti mana yang diinginkan.

Sumber: Faris Faizul via FoodPanda Rider Malaysia

SKIP THIS AD ×