Tindakan pelakon Riena Diana yang memadam semua hantaran di Instagram miliknya telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Takkan Saya Nak Malukan Parents Dengan Buat Macam Tu?’- Riena Diana Perjelas Isu Kontroversi Babak Ranjang
Artikel Berkaitan: Cinta Riena Diana Bertaut Kembali Dengan Bekas Kekasih?
Merajuk
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal dilihat telah memadam semua hantaran video dan gambar yang pernah dimuat naik di laman sosial tersebut sebelum ini.
Bagaimanapun, difahamkan tindakan Riena berbuat demikian susulan rasa terkilannya berhubung kenyataan sebuah artikel yang mengatakan dia bersedia melakukan babak ranjang dalam sesebuah karya.
Riena menegaskan dia akan melakukan babak tersebut sekiranya diminta oleh pengarah dan produksi, namun ia haruslah tidak keterlaluan.
Disebabkan rasa terkilan, pelakon drama Kampung People itu mengambil keputusan untuk memadam semua hantaran di Instagram sebagai tanda merajuk dengan sikap netizen yang tidak membaca artikel berkenaan sepenuhnya.
Sementara itu, menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories, aktres berusia 25 tahun itu dilihat masih aktif memuat naik beberapa perkongsian.
Sehingga artikel ini ditulis, akaun Instagram milik Riena telah mempunyai pengikut seramai 597,000,000 orang.
Sumber: Instagram