berita

Rihanna & Pencipta Lagu ‘Doom’ Mohon Maaf, Mengaku Salah Guna Petikan Hadis

October 7th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, penyanyi antarabangsa, Rihanna, dikecam hebat apabila menggunakan petikan hadis sebagai lagu untuk pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya. Pertunjukan fesyen yang dilaksanakan dalam format virtual itu memaparkan aksi model yang berpakaian seksi menari dengan berlatar belakangkan muzik tersebut.

Susulan daripada itu, Rihanna, telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagram miliknya.

Saya minta maaf

Di Instagram, Rihanna mengaku bahawa kesilapan yang terjadi merupakan kecuaian daripada pihaknya dan dia tidak berniat untuk menyinggung mana-mana agama terutamanya Islam. Pada masa yang sama, dia berterima kasih kepada komuniti Muslim yang menegur kesilapan tidak sengaja itu.

Pelantun suara ‘Umbrella’ itu juga seikhlas hati memohon maaf atas kecuaian yang terjadi. Jelasnya lagi, dia sedar bahawa ramai saudara Muslim kecewa atas apa yang berlaku. Tambahnya, dia sentiasa menghormati agama lain dan akan memastikan insiden seperti itu tidak akan berulang pada masa akan datang.

Saya tidak perasan

Selain Rihanna, pencipta lagu remix ‘Doom’ iaitu Coucou Chloe turut membuat permohonan maaf secara terbuka. Menurut Coucou Chloe, lagu tersebut dicipta daripada trek Baile Funk yang ditemuinya secara atas talian. Pada waktu itu juga, dia tidak perasan sample lagu itu menggunakan petikan daripada hadis.

Oleh itu, dia bertanggungjawab sepenuhnya kerana tidak membuat kajian secara terperinci dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan penerangan yang benar kepadanya. Ujarnya lagi, pihaknya dalam proses untuk memadamkan lagu terbabit di semua platform penstriman lagu.

Sumber: Badriri & Coucouchloe

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×