berita

Rindu Terubat! Doa Anak Termakbul, Dapat Bertemu Lelaki Mirip Arwah Ayah Di Tanah Suci

January 12th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Kehilangan orang yang tersayang bukanlah perkara yang mudah untuk diterima. Rindu di hati hanya mampu diluahkan menerusi doa kerana tidak dapat bertemu secara bersua muka.

Begitulah kisah seorang wanita yang diberi peluang oleh-Nya untuk bertemu seorang lelaki yang mirip akan arwah ayahnya di Tanah Suci.

Artikel Berkaitan: 3 Tahun Tunggu Lamaran Pinangan, Wanita Redha Dapat Tahu Teman Lelaki Bawa Perempuan Lain Jumpa Ibu

Artikel Berkaitan: Teruja Dapat Tunai Umrah Bersama Keluarga, Wanita Diuji Ibu Jatuh Sakit & Meninggal Dunia Di Mekah

Artikel Berkaitan: Anak Dijemput Ilahi Hari Pertama Tiba Di Mekah, Ibu Pulang Ke Malaysia Diiringi Tangisan

Jumpa arwah ayah

Sekadar gambar hiasan

Menerusi hantaran wanita yang dikenali sebagai Elia itu, dia akui amat merindukan arwah ayahnya dan memohon doa kepada tuhan agar dipertemukan seseorang mirip Allahyarham ketika berkunjung ke Tanah Suci.

Ya Allah pertemukanlah wajah seiras Arwah papa di Tanah Haram Mu.

Aku rindu dia Ya Allah.

Siapa sangka, permintaan wanita itu dimakbulkan apabila dia bertemu individu yang memiliki rupa paras seperti Allahyarham. Dengan rasa teruja, Elia terus mengejar lelaki itu dan menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada lelaki tersebut.

Lelaki itu turut bersetuju apabila dikatakan mukanya seakan sama dengan Allahyarham.

Walaupun pertemuan yang singkat, Elia amat bersyukur kerana doanya yang didengari dan diberi peluang untuk mengubat rindu yang lama disimpan selama ini.

@eliaizham

Ya Allah aku rindu #umrah #fyp #fyppppppppppppppppppppppp

? ???????????? – [? ? ? ? ? ? ? ?] – ???? ?????

Netizen turut sebak

Menjengah ke ruangan komen, pertemuan itu mencetus rasa hiba dalam kalangan warganet yang menonton video tersebut. Selain itu, netizen percaya doa yang dipohon secara bersungguh-sungguh akan dimakbulkan Allah di sana.

Sumber: Tiktok @eliaizham

SKIP THIS AD ×