berita

Risau Beli Baju Kalau Tak Cuba? Ini 4 Langkah Mudah Untuk Korang Membeli Pakaian Secara Online.

October 24th, 2019 | by FITRI JAMARI
Insiprasi

Membeli-belah secara atas talian ni dah jadi satu benda yang normal. Maklumlah, lagi senang, jimat tenaga dan kadang-kadang harga barangan lebih murah tau!

Tapi, kalau nak beli pakaian ni tricky sikit sebab takut saiz tak betul, tak kena dengan citarasa dan macam-macam lagilah! Sebenarnya, senang je nak beli pakaian secara online kalau korang ikut tips yang Sis Katy share ni. 

1. Perhatikan Jenis Kain

Korang kena perhati dan kenalpasti jenis kain sesuatu pakaian tu. Sis yakin korang mesti dah boleh agak jenis fabrik melalui gambar sebab dah biasa pakai dan rasa sendiri. Kalau nak senang, tanya je seller terus.

Yang penting, korang kena tahu ciri-ciri sesuatu fabrik tu. Contohnya lembut, menyerap peluh, strechtable dan see through. Ini supaya korang boleh sesuaikan dengan preferences korang. Barulah rasa berbaloi beli!

2. Periksa Ukuran Dan Saiz

Korang perlu pastikan saiz badan korang betul-betul sebelum beli. Tengok dekat carta saiz yang seller dah sediakan. Walaupun dah dinyatakan saiz standard, kena check jugak ukurannya sebab lain jenama, lain ukuran. Standby je  measuring tape untuk ukur saiz korang.

Senang cerita kalau tak sure, rujuk je seller untuk tolong korang pilih saiz yang tepat.

3. Tentukan Cutting & Design Pakaian

Baca penerangan mengenai pakaian sebelum beli. Selalunya, seller akan beritahu sama ada saiz pakaian lebih kecil atau lebih besar dari saiz biasa. Cutting pakaian seperti slim fit, straight cut dan flare pun korang kena ambil tahu sebab tak semua sesuai dengan sesetengah cutting dan design.

4. Baca Review Pembeli

Ini paling penting! Bila dah berkenan kat satu pakaian tu, make sure korang baca review pembeli. Baca dan buat penelitian sama ada barang seller tu berkualiti ke tak, masa penghantaran lambat atau cepat dan tengok berapa rate buyers bagi sebelum ni.

Haa.. Mudahlah lepas ni korang nak shopping online. Korang ikut je tips yang Sis Katy share ni. Nak shopping biarlah korang puas hati dan barang yang dibeli tu dapat sama macam dalam gambar ye!

Apa pun, korang jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!

 

 

The following two tabs change content below.