
Pelakon dan model terkenal, Alicia Amin menyorot perhatian apabila dilihat memberi cadangan kepada seorang wanita berstatus bujang namun berkeinginan untuk memiliki zuriat.
Artikel Berkaitan: Alicia Amin Dedah Belum Sedia Kahwin, Hubungan Dengan Kekasih Masih Awal Lagi – ‘Kalau Sanggup, Tunggu 10 Tahun’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alicia Amin Terjatuh Ketika Catwalk Di KLFW, Sikap Profesional Raih Pujian – ‘Saya Kena Teruskan & Tampil Sehabis Baik’
Risau belum kahwin

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, seorang pengguna di Threads meluahkan rasa risau apabila masih belum berumah tangga di usia 33 tahun.
Tambah individu tersebut, dia menzahirkan keinginan untuk memiliki cahaya mata namun khuatir terhadap risiko kehamilan akibat faktor usia.
Risaunya dah 33 tapi tiada bayangan akan kahwin. Mana mana nak ada anak, nak besarkan mereka?
Saya akan tua waktu itu. Ketika anak umur darjah 1, saya berusia 40 lebih? Itu pun kalau ada rezeki kahwin.
Hantaran yang dimuat naik itu meraih perhatian Alicia atau nama penuhnya Raja Alicia Raja Amin, 31 yang memberi pendapat untuk membekukan telur (ovum) terlebih dahulu.
Menurut Alicia, ahli keluarganya sendiri ramai yang memiliki zuriat diusia lewat namun stabil daripada segi kewangan dan karier.
Bekukan telur anda! Lepas itu boleh ambil masa dan buat keputusan.
Tak perlu rasa tertekan. Keluarga saya ramai perempuan yang agak berusia dan hidup mereka sangat stabil sebab kewangan dan karier semua dah okay dan baru ada anak.
Selain itu, Alicia memaklumkan harga bagi proses pembekuan telur (ovum) agak mahal namun ianya salah satu inisiatif bagi membantu wanita yang belum berkahwin.
Sumber: Threads @dianaamnsr @hangriii








