Walaupun trend seluar skinny jeans tidak lagi sepopular dahulu, namun masih ada segelintir individu yang memakainya kerana faktor gaya dan keselesaan.

Artikel Berkaitan: PCOS: Punca, Simptom & Kesan Jangka Panjang Terhadap Kesihatan Wanita

Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Wangi! Ini Cara Aromaterapi ‘Boost’ Imun Badan Anda

Menyempitkan ruang di kawasan pelvis

Pemakaian seluar yang terlalu ketat, khususnya daripada fabrik keras seperti jean atau denim, boleh mendatangkan implikasi buruk kepada pemakaianya, sama ada lelaki mahupun wanita.

Beberapa kajian terdahulu turut mendapati bahawa seluar yang terlalu ketat boleh menyebabkan rasa kebas dan mencucuk pada bahagian paha, keadaan ini dikenali sebagai meralgia paresthetica.

Tekanan yang berlebihan di bahagian pinggang boleh mengehadkan pergerakan pinggul dan kaki, sekali gus menyempitkan ruang di kawasan pelvis dan sendi pinggul ketika individu bergerak, duduk, membongkok atau mencangkung.

Keadaan ini boleh mencetuskan ketidakselesaan yang bersifat sementara atau berpanjangan, bergantung kepada tahap tekanan serta kekerapan pemakaian seluar ketat.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan tanpa diberi rawatan, risiko kesakitan pada sendi pinggul, lutut, otot betis, serta masalah muskuloskeletal akan menjadi lebih serius.

Selain itu, pemakaian seluar ketat secara berterusan boleh mengubah postur tubuh, gaya berjalan dan tingkah laku harian tanpa disedari, sekali gus menjejaskan keseimbangan pergerakan dan fungsi otot. Malah boleh menimbulkan pelbagai masalah muskuloskeletal yang serius.

Walaupun faktor ini hanya salah satu penyumbang, aspek lain seperti genetik atau struktur anatomi tubuh juga perlu diambil kira sekiranya berlaku kecederaan pada saraf.

Sumber: Maskulin