berita

Rita Rudaini Bahagia Walaupun Belum Solo

July 5th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Rita Rudaini

Umum tahu konflik rumah tangga yang melibatkan pelakon wanita terkenal, Rita Rudaini dengan pemain bola sepak negeri Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan masih belum berkesudahan.

Namun begitu, pelakon ini tetap melahirkan rasa gembira kerana dua putera tercinta iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2 sering berada di sampingnya dan mengakui buat masa ini dia ingin memberikan sepenuh fokus buat anak-anak tersayang.

Allhamdulillah saya bahagia walaupun belum solo lagi.

Kes mahkamah masih tak selesai lagi. Tapi saya tak fikir sangat hal itu sebab lebih baik saya fokus pada anak. Kalau ikutkan hati memang rasa marah sebab dah berlarutan lama. Tapi bila saya fikir kembali, jodoh itu bukan di tangan sesiapa hanya di tangan Allah. Kalau jodoh saya dengan dia (Aidil Zafuan) kuat, saya redha.

Rita Rudaini 1

Rita bersama produk kecantiannya, RS Collagen

Meskipun pergolakan rumah tangga antara Rita dan suaminya sudah lama berlarutan, akan tetapi pelakon wanita ini akui dia langsung tidak pernah menghalang Aidil untuk bertemu dengan anak-anak mereka.

Namun begitu, dramatis ini melahirkan rasa sedikit kesal apabila Aidil dilihat selalu memungkiri janji dan sering membatalkan pertemuan dia bersama anak-anak di saat akhir.

Orang mungkin nampak macam saya yang tak bagi dia jumpa anak-anak. Saya bagi. Bila dia dah janji nak jumpa anak-anak, saya akan bagi tahu Rayyan dan Arjuna yang daddy mereka nak datang. Tapi sebenarnya bila sampai masa, dia cakap dia ada hal lain.

Apa yang lebih penting selain dari anak-anak? Saya jadi marah bila dia buat macam tu. Bagi saya dia tak serius. Saya perlu jaga hati anak-anak saya. Saya tak mahu nanti anak-anak cakap saya bohong mereka. Saya sedih bila dia buat macam tu pada anak-anak saya. – MalaysianDigest

Untuk makluman, Aidil dan Rita telah bernikah pada 25 Februari 2008, di Selatan Thailand dan kes perbicaraan pasangan ini akan bersambung pada 17 Julai akan datang.

Di sini OHBULAN! selitkan juga video comel gelagat Rita bersama dua puteranya buat tatapan anda semua. Enjoice!

Kredit Video : Keek Rita Rudaini