berita

Rita Rudaini Kecewa ‘Rider’ Letak Makanan Atas Tempat Buang Sampah – ‘Tidak Ikhlas & Tak Bertanggungjawab…’

October 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon cantik, Rita Rudaini menerusi Instastory meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah penghantar makanan yang dipercayai bekerja sambil lewa.

Benda makan, rezeki…

Pelakon yang cukup sinonim dengan filem Mami Jarum, menjelaskan makanan merupakan rezeki yang tidak sepatutnya diletakkan di tempat yang panas dan terdedah. Mengulas lebih lanjut, Rita menyifatkan tindakan penghantar makanan tersebut adalah tidak ikhlas dan bertanggungjawab dengan amanah yang dipikul.

Benda makan, rezeki letak dekat tempat panas dan terdedah. Apa salahnya letak dekat tempat teduh. Inilah segelintir penghantar makanan yang tidak ikhlas dan tak bertanggungjawab pada kerja dan rezeki dia sendiri.

Tidak berakhir di situ, pemilik nama Rita Rudaini binti Mokhtar juga mendakwa makanan yang dipesannya diletakkan di atas tempat buang sampah.

Makanan diletak atas tempat buang sampah pula tu. Saya bukan cakap semua, ada sesetengah hormat dengan makanan, pergi letak depan pintu/ tempat tertutup dan siap lapik lagi.

Terdahulu, Rita Rudaini mendedahkan namanya digugurkan daripada terlibat untuk penggambaran yang telah lama ‘lock’ selepas drama 100 episod.

Instastory penuh

Sumber: Rita Rudaini

SKIP THIS AD ×