berita

Rita Rudaini Kongsi Pengalaman Manis Tunai Umrah Dengan 2 Hero, ‘Bergasak’ Sebelum Dapat Cium Hajarul Aswad

January 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Tidak dinafikan, mengerjakan ibadah Umrah bersama insan tersayang merupakan suatu kenangan yang terindah. Mana tidaknya, selain mendekatkan diri dengan sang pencipta, hubungan kasih sayang antara satu sama lain dapat dieratkan lagi.

Di Instagram pelakon Rita Rudaini, berkongsi pengalaman terindah ketika membawa dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna untuk menunaikan Umrah. Menurutnya, dia bersyukur dapat membawa kedua-dua anaknya itu dan berharap suatu hari nanti mereka mampu memimpin tangannya pula mengelilingi Kaabah.

Pengalaman yang tidak akan dilupakan

View this post on Instagram

Bertuah mommy ada sayap kiri dan kanan…xsabar nak tggu depa plak pimpin tangan mommy keliling kaabah suatu hari nanti…seronok depa walaupon kena penyek,kena tolak,kena himpit,kena pijak…mommy kata,itu lah kehidupan….dlm hidup kita ni mcm2 ujian…tp walau mcm mana pon kita tetap kena trus kn ke depan..mcm kita keliling kaabah ni lah,kena sabar org pijak,org tolak..kena jln dah habiskn jugk pusingan….smua tu DIA uji hati kita…bole susah atau tidak….umrah kali ni mommy dpt cium ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد dgn arjuna… @adikzwan bwk ryan…tp kami terpisah biasa laaa dh di tolak2,di tarik2..mmg seksa DIA sj yg tau..arjuna sampai xbole bernafas…mommy suruh dia dongak ke langit ambik udara…rasa brsalah jugk heret dia masuk situ…tp nk patah balik mmg xboleh…dgn kekuatan hati alhamdulillah arjuna dpt cium…mcm tu jugak ryan,dgn ketabahan @adikzwan sampai kena dukung ryan sbb dia risau takut ryan kena pijak…dpt depa cium ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد ……..mmg sgt menakutkan berada di situ ..xtau keadaan di situ xbole di kawal lg…berhimpit laki n perempuan 😰…tp kebanyakkan di situ adalah kaum lelaki…perempuan susah nak lepas….yg lelaki2 ni punya ganas tolak muka mommy,tarik tudung mommy,tarik jubah mommy….mommy pon xtau nk nangis ke nak gelak..tgn mommy xboleh nk defend diri dah sbb tgh pertahan n lindung anak 😔….xtau jd dosa ka pahala melayang ke mcm mana….sepatutnya kerajaan arab buat waktu asing utk lelaki dan perempuan yg nk cium ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد atau solat di حجر إسماعيل spt di raudhah 😌…insyaallah moga ada nnti…apa2 pon pengalaman kami anak beranak di asak di ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد adalah satu pengalaman yg xdpt mommy lupakan sbgai seorg momdad dan mommy rasa sgt puas dan syukur pd DIA krn membantu mommy….. #theAiritsjourney

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Menurut Rita, dia sangat bersyukur dikurniakan dua cahaya mata seperti Ryan dan Arjuna. Mereka berdua ibarat sayap kiri dan kanannya. Tambahnya, kedua-dua anaknya sangat seronok mengerjakan Umrah, walaupun mereka ditolak, dihimpit dan kena pijak sewaktu hendak mengelilingi Kaabah. Jika diberikan peluang, Rita berharap suatu hari nanti anaknya pula akan memimpin tangannya ketika mengerjakan Umrah.

Pada masa yang sama, Rita berharap kerajaan Arab membuat jadual waktu bagi para jemaah lelaki dan perempuan  untuk mencium Hajarul Aswad dan solat di Raudhah. Ini kerana, jemaah lelaki lebih ramai berbanding dengan perempuan.

Tidak lupa jaga amanah Allah

Sumber: Rita Rudaini

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.