berita

Rizky Febian Tawan Hati 2,400 Penonton, Sule & Mahalini Raharja Jadi Saksi

October 21st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

 

Penyanyi Indonesia Rizky Febian telah membuktikan dia berjaya mendapat tempat di hati peminat Malaysia ketika konsert sulung, Rizky Febian Live in Kuala Lumpur, malam tadi (Khamis).

Artikel Berkaitan: ‘Kahwin Dalam Masa Terdekat? Biar Jadi Rahsia Saya & Mahalini’ – Rizky Febian

Keluarga Indonesia turun sekali

Fenomena Rizky luar biasa apabila peminat setia sudah mula beratur di luar Zepp Kuala Lumpur, sejak awal pagi biarpun konsert berlangsung pada sebelah malam.

Dengan bersaksikan 2,400 penonton, Rizky mengukir kenangan manis apabila buat kali pertama, bapanya yang juga pelawak dan pelakon terkenal, Sule serta adik-beradiknya hadir menyaksikan konsert tersebut.

Tidak dilupakan, penyanyi berumur 24 tahun itu turut menghargai pengorbanan kekasih hati, penyanyi, Mahalini Raharja yang sudi menemaninya di Kuala Lumpur.

Penyesalan kehidupan

Ketika menjayakan konsert, pemilik nama Rizky Febian Adriansyah Sutrisna sempat meluahkan rasa sedih apabila arwah ibu tercinta, Lina Jubaedah tidak berkesempatan untuk menjadi saksi kejayaan anaknya selepas meninggal dunia pada 4 Januari 2000 di Bandung.

Impian saya adalah untuk membawa arwah ibu menonton konsert saya. Penyesalan seumur hidup saya adalah apabila tidak berupaya memberikan kebahagiaan dan kasih sayang kepada ibu bapa.

Pada satu ketika, saya pernah jarang berjumpa orang tua kerana fokus mengejar impian demi mengangkat darjat mereka.

Tetapi, saya sedar, semuanya sia-sia. Begitupun, sayang saya untuk ayah yang ada di sini malam ini.

Dianjurkan oleh The Jay Events & Media, pelantun lagu Makna Cinta secara tanpa henti membawakan 16 lagu hits antaranya Ragu, Cuek, Hingga Tua Bersama, Menari, Berpisah Itu Mudah, Mantra Cinta, Salah, Kesempurnaan Cinta dan banyak lagi.

Foto: Der Ahmad Sharu

SKIP THIS AD ×