berita

Lokasi Rockawayfest Ditukar & Tampilkan Tres Empre

April 18th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Coheed And Cambria-2

Nampaknya, kehangatan Rockawayfest sudah mula dirasai oleh peminat-peminat muzik rock tempatan kerana kumpulan rock Amerika iaitu Coheed & Cambria bakal turun ke Malaysia pada 24 April ini. Turut sama mengiringi mereka ialah kumpulan Circa Survive.

Namun, untuk makluman semua, pihak penganjur telah mengumumkan bahawa lokasi asal iaitu KL Life Center telah ditukar ke Bentley Music Auditorium yang terletak di Mutiara Damansara.

Keputusan ini diambil setelah pihak penganjur mengambil kira segala aspek dan juga untuk keselesaan peminat.

“Kami mengambil keputusan untuk menukar ke lokasi yang lebih bagus dan mampu membawa band-band lebih dekat dengan peminat mereka dan Bentley Music Auditorium sememangnya sesuai untuk muzik akustik dimana para penonton akan lebih berpuas hati,” jelas Rahul Kukreja, pengarah Live Events untuk Livescape.

Disamping pengumuman ini, pihak penganjur turut menampilkan kumpulan post-hard-core tempatan, Tres Empre yang kini lebih dinamik, dan lebih bertenaga dalam muzik mereka sebagai artis tambahan.

Kepada para peminat diluar sana, tiket dijual pada harga RM120 (pre-sale) dan boleh didapati di AirAsia Redtix sehingga 23 April depan manakala door-sale pula akan dijual pada harga RM170. Pintu masuk akan mula dibuka seawal jam 7 petang dan persembahan akan bermula pada jam 8 malam.

Menariknya, pihak Livescape turut menawarkan pakej ‘3 for 3’ iaitu jika anda membeli 3 keping tiket, anda akan mendapat diskaun RM60 menjadikan harga tiket hanya RM100 sekeping. Jadi, apa tunggu lagi? Cepat dapatkan anda punya sekarang!

SKIP THIS AD ×