berita

Rodriguez Hamil, Ronaldo Teruja Menanti Anak Kembar Lagi

October 29th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Siapa yang tidak kenal dengan bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo. Bukan setakat karier dia sebagai pemain bola sepak profesional menjadi tumpuan ramai orang malah kehidupan peribadinya.

Hamil anak kembar

Terbaru, Ronaldo mengumumkan pasangannya, Georgina Rodriguez sedang hamil anak kembar. Menerusi akaun media sosial pada Khamis, Ronaldo, 37, turut meluahkan rasa terujanya menanti kehadiran cahaya mata itu.

Gembira untuk mengumumkan kami menantikan anak kembar. Hati kami penuh dengan rasa sayang, kami tidak sabar menanti awak.

Kongsi gambar ultrabunyi

Dalam hantaran tersebut, Ronaldo memegang gambar ultrabunyi sambil berbaring di katil dengan Rodriguez.

Terdahulu, Ronaldo mempunyai empat orang anak. Anak lelaki sulungnya, Cristiano Junior, dilahirkan pada Jun 2010 menerusi ibu tumpang.

Selepas tujuh tahun, pada Jun 2017, Ronaldo menjadi ayah kepada pasangan kembar Eva dan Mateo dengan cara yang sama. Kemudian, pada November 2017, Alana Martina dilahirkan dan menjadi anak pertamanya bersama Rodriguez.

Sumber: Instagram @cristiano

SKIP THIS AD ×