berita

‘Insya-Allah Father Of 5’ – Daler Yusuf Bikin Kejutan Lagi, Beri Bayangan Isteri Bakal Lahir Anak Kembar

January 11th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Daler Yusuf

Sebelum ini, pelakon Daler Yusuf mengumumkan bakal menimang cahaya mata keempat sekali gus mengejutkan ramai pihak apabila dia sebenarnya sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan wanita bernama Sakinah Burikul.

Artikel Berkaitan: Daler Yusuf Dedah Sudah Kahwin 10 Tahun, Bakal Timang Anak Ketiga Tak Lama Lagi

Artikel Berkaitan: ‘Kami Bukan Adik-Beradik’ – Daler Yusuf Respon Artis Liat Bayar Hutang

Anak kembar?

Daler Yusuf

Terbaharu, Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad sekali lagi mengejutkan orang ramai apabila memberi bayangan bahawa cahaya mata keempat yang bakal disambut merupakan bayi kembar.

Menerusi hantaran di Instagram, aktor tampan itu memuat naik foto bersama keluarganya beserta kapsyen ‘Insya-Allah father of 5’.

Menguatkan dakwaaan lagi apabila Yusuf berkongsi dua keping foto keputusan imbasan ‘ultrasound’ yang dipercayai milik bayi kembarnya.

Perkongsian tersebut telah mengundang tanda tanya orang ramai apabila rata-rata mereka mendakwa bahawa isteri Daler bakal melahirkan bayi kembar.

Terdahulu, Daler dan isteri berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal menyambut cahaya mata keempat mereka pada tahun ini.

Bagaimanapun, pengumuman itu telah mengejutkan ramai pihak apabila mengetahui aktor berusia 31 tahun itu sudah berkahwin dan bukan berstatus bujang.

Malah, pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan dikurniakan tiga orang cahaya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×