berita

Rogol 2 Anak Hingga Seorang Hamil, Lelaki Dipenjara 702 Tahun, 234 Sebatan – ‘Saya Terima Hukuman Ini’

August 15th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

rogol anak 702 penjara

Seorang lelaki yang mengaku bersalah merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anaknya sejak enam tahun lalu sehingga menyebabkan salah seorang daripada mangsa hamil.

Rogol anak hingga hamil

rogol anak 702 penjara

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh yang juga pekerja pembersihan didakwa melakukan perbuatan jijik terhadap dua anaknya secara berulang kali sejak tahun 2017 dengan seorang daripadanya hamil lima minggu.  Difahamkan, kejadian terakhir berlaku pada 4 Julai lalu. Menurut sumber, kedua-dua mangsa kini berusia 12 dan 15 tahun.

Susulan daripada itu, Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara 702 tahun dan 234 sebatan selepas tertuduh, 53, mengaku bersalah atas perbuatannya.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan semua hukuman penjara dijalankan serentak bermula dari tarikh ditahan 10 Julai lalu, manakala sebatan secara berasingan.

Ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 42 tahun namun hukuman sebatan kekal 234 kali. Namun, Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah hanya membenarkan maksimum hukuman sebatan adalah 24 kali.

Mangsa ketika itu adalah kanak-kanak dengan kesalahan dilakukan kamu sangat berat. Justeru, saya berharap dengan hukuman ini, kamu bertaubat dan belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan.  (Hakim Abu Bakar Manat)

Tertuduh berhadapan 30 pertuduhan dengan 19 daripadanya membabitkan kejadian rogol manakala 11 lagi kes cabul kehormatan.

Saya terima hukuman ini atas perbuatan dilakukan (tertuduh)

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×