berita

‘Rohingya Bukan Warga Kami’ – Kerajaan Bangladesh Tolak Penerimaan Rohingya Dari Malaysia

June 10th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Isu berkenaan pelarian etnik Rohingya di negara kita semakin membimbangkan selepas seramai 269 etnik ini telah berjaya tiba di Pulau Langkawi semalam. Mereka dikatakan dengan sengaja membocorkan bot dan merosakkan enjin sehingga tidak dapat dibaiki supaya dapat mendarat di perairan negara.

Ekoran dengan itu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media semalam menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menerima pendatang ini lagi. Beliau turut akan berbincang dengan wakil kerajaan Bangladesh untuk menghantar etnik ini ke Pulau Bhasan yang merupakan penempatan sementara pelarian berkenaan.

Tidak menerima pelarian Rohingya lagi

Bangladesh tidak akan menerima mereka. Bangladesh tidak berkewajipan serta bukan di tempat yang begitu ideal untuk menampung lebih banyak Rohingya.

Terkini, menerusi laporan Bernama, kerajaan Bangladesh tidak akan menerima pelarian Rohingya yang ditahan baru-baru ini. Menurut Menteri Luar Negeri, AK Abdul Momen, Bangladesh tidak lagi mampu untuk menampung mereka.

Rohingya bukan warga Bangladesh

Rohingya bukan warga negara Bangladesh. Mereka sudah menjadi warga negara Myanmar selama berabad-abad.

Negara-negara lain turtu dialu-alukan untuk menerima mereka. Daripada meminta kami untuk memberi perlindungan, kami akan menyambut baik kepemimpinan dan organisasi global untuk memindahkan 1.1 juta Rohingya yang kini berlindung sementara di Bangladesh.

Tambahnya lagi, etnik Rohingya bukan warga Bangladesh tetapi merupakan warga Myanmar. Selain itu, dia turut menyeru negara-negara lain untuk sama-sama memberi perlindungan kepada etnik ini daripada hanya berharap kepada kerajaan Bangladesh.

Sumber: Bernama

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×