berita

Pendatang Rohingya Sengaja Bocorkan Bot, Rosakkan Enjin Elak Kena Usir

June 9th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Isu mengenai pelarian etnik Rohingya di negara kita seakan tidak menemui jalan penyelesaian. Terbaru, dilaporkan seramai 269 etnik Rohingya menempuh perjalanan mereka selama lebih kurang 4 bulan dari kem pelarian di Myanmar dan tiba di Pulau Langkawi.

Satu mayat ditemui

Memetik laporan Metro, pihak polis berjaya menangkap mereka seramai 269 orang yang terdiri daripada 80 lelaki, 138 perempuan, 26 kanak-kanak lelaki dan 23 kanak-kanak perempuan.

Kelibat bot tersebut dilihat memasuki perairan negara di Pantai Teluk Nibong, Langkawi pada jam 4.20 pagi (8 Jun 2020). Pihak polis juga menemui satu mayat di dalam bot berkenaan.

Selain 269 itu, polis juga sudah menemui satu mayat etnik Rohingya di perairan Langkawi. Mayat itu sudah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Bot itu dipercayai belayar dari kem pelarian Cox Bazar, di Myanmar yang mengambil masa hampir empat bulan untuk tiba di Langkawi.

9 tekong melarikan diri

Menurut laporan polis lagi, seramai 9 tekong bot penyeludupan migran dipercayai meninggalkan bot berkenaan menggunakan satu lagi bot selepas memasuki perairan Malaysia.

Bot tersebut dipercayai membawa lebih kurang 500 etnik Rohingya. Manakala, 200 lagi daripada jumlah tadi dilaporkan mati ketika dalam perjalanan. Namun, pihak berkuasa masih menyiasat perkara berkenaan.

Terbaru, semua pelarian berkenaan telah dibawa ke Kem Wawasan Negara di Ulu Melaka, Langkawi untuk proses dokumentasi.

Sengaja bocorkan bot

https://www.facebook.com/bmfmediatv/videos/258518855379466/

Sementara itu, National Task Force (NTF) melaporkan etnik Rohingya dikesan sengaja membocorkan bot dan merosakkan enjin dengan teruk sehingga tidak dapat dibaiki supaya dapat mendarat ke perairan negara.

Pegawai Pemerintah Maritim Operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Langkawi menerima maklumat berkenaan 10.30 malam semalam dan sebuah bot RH9 dari Pasukan Polis Marin dan KM Kimanis dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia diatur gerak ke kawasan terbabit untuk melaksanakan operasi pemantauan dan pengusiran.

Pada 5 pagi ini, KM Kimanis mengesan lokasi serta memintas bot itu di perairan Langkawi dan bersedia melaksanakan proses pengusiran bot ke perairan antarabangsa.

Seramai 53 orang Pati bertindak terjun ke laut dan berenang menuju ke pantai sebelum mereka semua berjaya ditahan oleh APMM.

Ketika pemeriksaan ke atas bot dijalankan didapati seramai 216 orang dan satu mayat wanita dijumpai di dalam bot itu. Pemeriksaan juga mendapati kesan bot sengaja dibocorkan dan enjin bot juga mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat dibaiki.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×