
Roti gandum atau wholemeal semakin popular dalam amalan pemakanan sihat kerana kandungannya yang lebih berkhasiat berbanding roti putih biasa.
Artikel Berkaitan: Panduan Pemakanan Untuk Pesakit GERD
Artikel Berkaitan: Jenis-Jenis ‘Intermittent Fasting’, Diet Sihat Berdasarkan Kaedah & Jadual Makan
Perut lebih kenyang

Berasaskan bijirin penuh, roti wholemeal menyumbang kepada kesihatan jantung, pencernaan, dan penurunan berat badan.
Ia diperbuat daripada bijirin yang dikisar halus, termasuk bran, endosperma, dan benih (germa), menjadikannya kaya dengan serat, lemak sihat, vitamin, dan mineral penting.
Karbohidrat kompleks dan serat dalam roti ini dilepaskan secara perlahan dalam sistem pencernaan, ianya membantu mengekalkan tenaga secara berterusan dan menyokong prestasi fizikal tanpa meningkatkan risiko pertambahan berat badan. Kandungan bijirin ini juga membuatkan perut berasa kenyang lebih lama.
Pengambilan serat yang mencukupi juga dapat meningkatkan fungsi pencernaan dan membantu mengawal kalori secara efektif.
Proses penghadaman lebih lancar

Karbohidrat dalam roti wholemeal membantu penghadaman berjalan lebih lancar dan membolehkan tenaga dilepaskan secara perlahan tanpa menaikkan gula dalam darah.
Pilihan roti yang sihat adalah rendah kandungan gula dan garam serta kaya dengan serat, sebagai contoh, dua keping roti wholemeal mengandungi kira-kira 127 kalori berbanding 157 kalori bagi roti putih.
Roti wholemeal juga kaya dengan vitamin B, vitamin E, dan vitamin K yang menyokong tenaga, kesihatan tulang, dan peredaran darah.
Mineral seperti zink membantu menguatkan sistem imun, mengekalkan kesihatan rambut serta menyokong fungsi tiroid, dan mencegah masalah pencernaan.
Pengambilannya secara konsisten dapat memastikan tubuh mendapat nutrien penting untuk kesejahteraan menyeluruh.
Sumber: Malay News





![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)


