![]()
Sejak kelahiran si comel Aaisyah Dhia Rana, kehidupan Rozita Che Wan dan Zain Saidin nampaknya bertambah bahagia. Untung betul jadi anak Che Ta ni, baru lahir dah dilayan bak puteri. Lihat sajalah sesi fotografi si comel ini tempoh hari, kelass tau!
Artikel Berkaitan : Photoshoot Anak Rozita Che Wan Ala Flower Princess
Malah kami lihat di ruangan komen Instagram Che Ta, berpusu-pusu peminat yang bercita-cita untuk memberi hadiah buat si comel ini tau!
Wah, nampaknya, bukan saja kos bersalin ibunya ditaja hospital terkenal, kini si anak pula bakal ditaja dengan barang-barang pemberian peminat Che Ta.
![]()
Mungkin atas permintaan ramai, semalam Che Ta telah memuat naik pengumuman penting khas untuk peminat yang ingin memberikan hadiah kepada anaknya.
Siap beri nombor telefon lagi. Kelas kau Che Ta! Lepas ni, pasti berduyun-duyun hadiah yang sampai.Baguslah begitu, rezeki anak, buat apa ditolak kan?
Agak-agaknya bila baby Aaisyah ni akan berlakon iklan ye? Tak sabar pula kami nak melihatnya. Mesti meletop-letop seperti si ibu bila dah besar nanti. Hihi.






![[VIDEO] ‘Ada Orang Cakap Teman Lelaki Baru Syida Datang, Saya Tengok Tak Ada’ – Syafiq Azim](https://asset.ohbulan.com/2026/10/IMG_0396.jpg)
![[VIDEO] Ashhry Belanja 1,000 Pengunjung Sarapan Percuma Selepas Raih Sijil Halal JAKIM](https://asset.ohbulan.com/2026/10/asshryyy.jpg)
