Setiap tahun mesti akan timbul isu yang melibatkan individu beragama Islam menyambut perayaan Krismas atau Hari Natal pada 25 Disember.
Artikel Berkaitan: Sambut Krismas Untuk Gembirakan Ibu Bapa Mentua Dikecam, Nourul Depp Enggan Maafkan Netizen
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mas Khan Tak Kisah Dikecam Bela Anjing, Bila Pegang Basuh Guna Sabun Sertu – ‘Saya Bukan Tak Tahu Halal Haram ..’
Sedih tengok orang Melayu acah jadi orang putih
Menerusi hantaran di Instagram Stories, pelakon Rozita Che Wan, 49, meluahkan rasa kecewa dengan sikap orang Melayu yang terikut-ikut dengan budaya luar.
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta akui sedih melihat orang Islam bangga meraikan perayaan Krismas meskipun agama melarang.
Sedihnya bila tengok orang Melayu ini acah-acah nak jadi orang putih (mat saleh), sambut Krismas, main-main dengan anjing walaupun beragama Islam!
Dalam pada itu, pemilik nama Rozita Abu Bakar turut menitipkan doa agar individu terbabit diberikan hidayah untuk kembali ke pangkal jalan.
Sebelum ini, penyanyi Nourul Depp dikecam netizen kerana menyambut Krismas di rumahnya yang terletak di Bali, Indonesia.
Tampil mempertahankan diri, Nourul berkata dia sekadar ingin menggembirakan hati kedua mentuanya biarpun tidak lagi terlalu mengamalkan ajaran Kristian.
Sumber: Instagram @rozitachewan1