Penyanyi Nourul Depp menyatakan sambutan Krismas yang diadakan di rumahnya adalah untuk meraikan ibu bapa mentua yang kini berada di Bali.
Artikel Berkaitan: ‘Belum Ada Perbincangan, Ayu & Mizan Baru Kenal Empat Bulan’ – Nourul Depp
Tidak terpesong
Menerusi Instagram Stories, Nourul berkata dia sekadar ingin menggembirakan hati kedua mentuanya meskipun tidak lagi terlalu mengamalkan ajaran Kristian.
Semalam, tak sempat nak tulis ‘caption’ bagi habis. Ibu dan bapa mentua ada di sini. Saja bagi mereka gembira.
Apa pun, mentua saya tak amalkan sangat dah agama mereka. Kami buat semua ini untuk gembira dan raikan hadiah hujung tahun.
Selain itu, pemilik nama Noorulhuda Abdul Wahab menekankan dia masih berpegang dengan ajaran Islam.
Jika terpesong, bermaksud sebagai Islam yang ‘mass’ di gereja (sembahyang untuk orang Kristian), itu, boleh hukum saya.
Saya tak pernah meletakkan agama jauh dari fikiran dan hati. Itu peribadinya Tuhan sahaja yang tahu. Kamu yang menghukum itu, terimalah nanti.
Kita semua ada basic agama
View this post on Instagram
Sementara itu, penyanyi berumur 45 tahun ini menegaskan dia tidak akan memaafkan netizen yang sudah terlanjur kata dengan menghemburkan kata-kata kesat.
Menerusi hantaran yang sama, pelantun lagu Kerana Terluka turut mendedahkan kiriman mesej yang berbentuk permohonan maaf yang dihantar di Instagram (IG).
Assalamualaikum kak Nourul. Saya nak minta maaf pasal komen itu. Saya tuju untuk umum bukan untuk Nourul sorang.
Saya harap awak tak terasa hati, saya pun bukan ahli syurga tapi saya harap kita semua sama-sama dapat menuju ke syurga. Maaf jika teguran saya kat komen mengguris hati.
Sumber: Instagram @nouruldepp