Sejak beberapa hari lalu, nama usahawan terkenal iaitu Datuk Seri Aliff Syukri mendapat kecaman ramai selepas dia memuat naik klip video teaser lagu dangdut ‘Baby Sayang’ nyanyian duetnya bersama Baby Shima. Aksi tarian Baby Shima dalam video tersebut agak menghairahkan dan cukup memalukan.
Rozita ‘warning’ Aliff Syukri padam video
Susulan daripada itu, ibu Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim meminta anak lelakinya itu memadamkan klip video berkenaan dalam tempoh 24 jam. Menurut Rozita, tindakan anaknya itu sangat tidak wajar dan memalukan keluarga.
Ni baiklah mak warning mak malu. Percayalah, tidak akan barakah rezeki dan nikmat kehidupan jika hilang rasa malu, melebihkan dunia sampai dah tak ada adab dan akhlak demi kerana content. Mak suruh kamu delete, tak nak delete video mencabar nampaknya. Ini merosakkan generasi kita yang sepatutnya jadi contoh kepada mereka.
Tambah Rozita lagi, disebabkan video klip berkenaan, keluarga mereka dicemuh dan dihina netizen. Oleh hal demikian, dia meminta agar Datuk Seri Aliff Syukri memikirkan hati dan perasaan ahli keluarga dengan memadam video yang dianggap kurang senonoh itu.
Malu ialah sebahagian dari iman, nasihat itu pakaian dan makanan roh. Teguran Mak Kri (Aliff Syukri) tidak mahu ikut. Tak kasihan kepada kami.
Mak terpaksa post dekat sini secara terbuka, apa Kri buat memalukan mak, jujur mak tidak mahu malukan Kri, mak cuba nasihat dekat belakang. Kasihan pada arwah abah, nenek. Kri baik dan sayangkan makkan jadi mohon delete. Kri hanya ada mak je, orang tua. Pandang Ida (isteri), anak-anak. Kami tak bersalah Kri, nak ke mak atau Ida mati kerana tertekan.
‘Delete dan bertaubat’
Menerusi hantaran terbaru, Rozita turut merayu kepada rakan-rakan Datuk Seri Aliff Syukri yang memiliki video tersebut untuk memadamnya. Dia turut menasihati anaknya itu supaya tidak mengulangi perkara yang boleh mendatangkan fitnah serta memberi contoh yang tidak baik kepada generasi akan datang.
Demi agama, cucu dan kehidupan kesihatan mental fizikal Ida dan anak Kri. Hanya Mak yang Kri ada “tidak ada manusia lain yang bawa kri kedunia, Mak hanya satu. Berhenti dari video yang begini, jangan pos Youtube semua video sejak lucinta luna atau siapa saja yang bergelek dari dulu sampai sekarang!
Delete dan bertaubat yang sebenar-benar taubat. Ingat nenek, abah. Ida dah cukup sabar dengan Kri, dia peninggalan Mak yang terbaik. Wanita kiriman Allah yang terindah, jaga adab akhlak maruah isteri dan anak-anak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar Datuk Aliff Syukri memadam video tersebut demi menjaga maruah diri, keluarga dan agama. Mereka turut berharap perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi.
Sumber: Instagram Bonda Rozita