berita

Ruffedge Ubati Kerinduan Peminat, Umum Konsert Jelajah Ruffera ‘That Moment In Time’

April 26th, 2023 | by Wani
Kini Trending

kke

Jelajah konsert istimewa yang bertemakan Ruffera ‘That Moment In Time’ bakal menggegarkan Malaysia dan Singapura. Walaupun sudah lebih dari 2 dekad di dalam industri muzik, Ruffedge yang dianggotai oleh Azan, Cat, Mode, Sein dan Zain tetap mempunyai pengaruh yang besar.

Ini merupakan kali kedua buat syarikat penganjur acara terkemuka iaitu YOLO Malaysia bergabung dengan kumpulan Ruffedge untuk konsert yang bakal bermula Jun hingga Ogos tahun ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nasib Baik Ada Ruffedge…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Come Back Ruffedge Di Majlis Resepsi #Fattzura Buat Peminat Kembali ‘Khayal’

‘That Moment In Time’

Difahamkan, kali ini para peminat berpeluang untuk menyaksikan kumpulan Ruffedge secara ‘live’ dengan beberapa lokasi yang telah dipilih untuk konsert yang bakal dijalankan nanti. Terdahulu, para peminat hanya dapat menyaksikan kumpulan itu secara maya melalui aplikasi zoom kerana pandemik, namun begitu, YOLO Malaysia membawakan sekali lagi dengan pengalaman yang berbeza.

Menurut Cat, konsert ini mempunyai pelbagai isi buatnya dan pasti amat berharga buat para peminat.

Konsert ini bukan sahaja mengimbau kenangan lalu, tetapi bagaimana muzik kami berjaya merentasi masa dan kekal relevan sehingga kini. Sesetengah lagu tetap kekal ‘evergreen’ tidak kira bila mendengarnya, terutamanya sekarang dengan susuan muzik yang baharu, anda dapat merasai momen itu.

Tambah Cat, selain daripada permintaan para penyokong yang mahukan kumpulan itu kembali beraksi, konsert ini juga bertujuan untuk mempromosikan album baharu Ruffedge yang bakal keluar tidak lama lagi.

Persediaan untuk konsert

Apabila disentuh tentang persediaan, Sein memaklumkan bahawa Ruffedge masih dalam proses membuat persediaan rapi bagi memastikan konsert siri jelajah ini berjalan lancar.

Kami sedang aktif dalam studio untuk latihan demi memberikan kepuasa maksimal buat penonton yang bakal hadir nanti.

Konsert Ruffedge dengan tema Ruffera ‘That Moment In Time’ ini dijangka bakal berdurasi selama dua jam dengan lagu-lagu hit daripada kumpulan itu. Difahamkan, kali ini Ruffedge menyediakan susunan muzik yang baharu dan lebih segar dengan bantuan pengarah muzik tersohor negara.

Bagi yang berminat, tiket akan mula dijual pada 20 April 2023 bagi penduduk Singapura. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sosial YOLO Malaysia dan Ruffedge serta yoloasia.com.

SKIP THIS AD ×