berita

Ruhainies ‘Like’ Posting Ibu Aliff Aziz Di Instagram

March 20th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama pelakon Ruhainies kembali mencuri tumpuan netizen di media sosial selepas dia dilihat memberi tanda ‘like’ pada posting yang dimuat naik oleh ibu Aliff Aziz di Instagram.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Video Selesai Solat Jemaah Dengan Anak, Ibu Aliff Aziz Letak Kapsyen ‘Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan’

Padahal aku seorang pendosa

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Fiza telah memuat naik sepotong kata-kata yang berbunyi ‘Aku malu saat dianggap baik padahal aku seorang pendosa hebat, hanya saja Allah sedang menutupi aibku’.

Di samping itu, Fiza turut menulis kapsyen di mana Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil.

Berikutan daripada posting tersebut, Aliff dan Ruhainies dilihat meninggalkan tanda ‘like’. Rata-rata netizen turut menyedari mengenai hal itu.

Menurut netizen, tindakan Ruhainies itu didakwa tidak menjaga perasaan Bella Astillah yang dipercayai masih lagi terkesan dengan berita tangkap khalwat mereka berdua.

Terdahulu, Hafiza didakwa sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya iaitu Bella Astillah. Bagaimanapun, Bella masih lagi mengikuti ibu mentuanya dalam media sosial.

Sumber: Hafiza

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×