berita

Muat Naik Video Selesai Solat Jemaah Dengan Anak, Ibu Aliff Aziz Letak Kapsyen ‘Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan’

March 18th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dipercayai pulang dan berada di pangkuan keluarganya di Singapura selepas namanya terpalit kontroversi ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bantu Bawa Barang Shooting Miliknya Sementara Tunggu Risteena’ – Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: Risteena ‘Back Up’ Ruhainies – ‘Jam 11 Lebih Jawi Dah Sampai Di Rumah, Bukan 3 Pagi’

Setiap kesulitan pasti ada kemudahan

Ibu kepada Aliff iaitu Hafiza Basharahi berkongsi sebuah rakaman video di Instagram Story yang memaparkan anak lelakinya itu dipercayai baru sahaja selesai menunaikan solat jemaah bersamanya dan suami.

Dalam rakaman tersebut juga, Aliff kelihatan memimpin bacaan doa.

Lebih mencuri tumpuan, Fiza turut meletakkan kapsyen ‘setiap kesulitan pasti ada kemudahan’ di story tersebut.

Terdahulu, nama Fiza mencuri tumpuan netizen berikutan memuat naik pesanan berbentuk luahan hati. Wanita ini berpesan agar tidak sesekali berputus asa sekiranya diuji dengan masalah dan mengingatkan bahawa Allah sentiasa bersama hamba-Nya.

Di samping itu, Fiza berkata doa merupakan penawar terbaik sekiranya seseorang itu berdepan dengan masalah.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

Sumber: Fiza

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×