berita

Ruhil Amani Dedah Sudah Empat Tahun Bercerai – ‘Saya & Anak-Anak Reda..’

September 27th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an iaitu Ruhil Amani mengesahkan sudah bercerai dengan suami, Jamil Wilson, sejak Mei 2019 lagi.

Ruhil, suami dah 4 tahun bercerai

Menerusi perkongsian di Facebook, Ruhil Amani, 48, berkata selama ini dia mengunci mulut berhubung status rumah tangganya kerana mahu menjaga kesihatan mental anak-anak, Ruhil Ariana Wilson dan Raayan Alexander Wilson yang mengambil ujian ketika itu.

Sebelum ini saya mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan pada kawan semua kerana sebagai seorang ibu, tanggungjawab dan keutamaan saya adalah untuk melindungi anak saya Ariana yang pada ketika itu berusia 15 tahun dan akan menduduki peperiksaan penting IGCSE dan anak saya Raayan yang baru sahaja berusia lebih kurang 8 tahun.

Tumpuan saya adalah untuk memastikan mereka berdua dapat menyesuaikan diri dengan situasi kehidupan yang baru kerana perceraian buat sesiapa saja, tidak akan pernah adil buat anak-anak.

‘Saya dan anak-anak redha’

Ujar pelantun lagu Purnama Di Kamar Hati ini lagi, keputusannya mengumumkan percerainnya adalah untuk mengelakkan sebarang tanda tanya dan salah faham yang boleh menimbulkan fitnah terhadap dirinya dan keluarga.

Punca penceraian tidak perlu saya nyatakan disini. Kalau boleh cukuplah sekadar keluarga, teman rapat dan mereka yang tahu, tahu puncanya. Perkara ini sudah lama berlalu. Sudah takdir, setakat itu saja jodoh kami.

Saya dan anak-anak redha dengan percaturan Allah SWT. Dan alhamdulillah, berkat doa dan sokongan famili dan teman rapat, saya dan anak-anak dapat menyesuaikan diri, meneruskan kehidupan dan bahagia dengan fasa kehidupan kami yang baru.

Sekadar info, Ruhil dan Jamil yang merupakan seorang pemuzik mendirikan rumah tangga pada 2003 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ruhil Ariana Wilson, 19 dan Raayan Alexander Wilson, 12 tahun.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×