Hancur luluh hati seorang warga emas berusia 69 tahun selepas rumahnya di Kampung Bukit Diman, Hulu Terengganu dijilat api. Bukan sahaja kehilangan harta benda, 7 kucing peliharaannya juga turut dalam kebakaran yang berpunca daripada panahan petir itu.
Artikel berkaitan: Bakal Pengantin Maut Dipanah Petir Masa Shoot Gambar ‘Pre Wedding’
Artikel berkaitan: Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir
Tujuh kucing rentung
Sekadar gambar hiasan
Difahamakan semasa kejadian warga emas, Timah @ Faridah Musa tidak berada di rumah kerana melawat saudaranya di Kampung Menerong, Hulu Terengganu.
Saya bergegas pulang sejurus menerima panggilan telefon daripada jiran yang memaklumkan rumah saya terbakar dipercayai disambar petir
Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang, Hanafi Mohd, kawasan tersebut telah pun dilanda hujan lebat serta petir dan guruh yang berterusan. Pasukan bomba menerika panggilan pada 2.44 petang dan 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian
Sumber: Harian Metro