berita

Rupanya Banyak Lagi Group Pelik Di FB! Group Zina, Minum Arak Pun Sampai Ratus Ribu Ahli!

February 24th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: PU Amin

Kebelakangan ini, muncul banyak kumpulan baru di laman Facebook yang diwujudkan mengikut tertentu sesuai dengan minat seseorang. Namun, di sebalik kerancakan ahli kumpulan tersebut berkongsi pelbagai info, ada yang menganggap ianya sebagai keterlaluan. Isu ini mendapat perhatian Ustazah Asma’ yang turut membuat teguran secara terbuka kepada pengendali kumpulan itu semalam.

Artikel Berkaitan: Makin Menjadi-Jadi Pula Trend Tayang Emas Di Media Sosial…

Artikel Berkaitan: Ditegur Ustazah Asma, Admin ‘Riak Apa Hari Ni’ Minta Ahli Keluar Group Jika Takut Berdosa

Terbaru, pendakwah selebriti terkenal, PU Amin, tampil memberikan respon terhadap kewujudan kumpulan-kumpulan ini.

Benda haram jadi mainan

Foto: PU Amin

Jelas PU Amin, kewujudan kumpulan-kumpulan ini adalah sangat tidak wajar dan perkara seumpama ini tidak sepatutnya dipermainkan kerana ia melibatkan agama. Pada masa yang sama, dia meluahkan rasa kesal apabila sikap admin kumpulan tersebut yang terus melenting apabila diberikan nasihat.

Group group ini lebih dasyat dari Dajjal. Belum Dajjal turun kita dah kena pedajal. Benda haram jadi mainan. Bila nasihat dia marah balik. Bila tegur kata kita menyibuk.

Tambahnya lagi, hukum agama tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan dan mainan kerana azab Allah S.W.T. menanti buat mereka yang berbuat demikian.

Masyarakat Islam makin tenat. Hilang ilmu, hancur akhlak. Moga Allah hapuskan golongan ini. Moga Allah pelihara anak bangsa kita. Hukum agama bukan gurauan dan mainan. Azab Allah itu sangat dasyat. Bertaqwalah anak muda!

Respon netizen

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh PU Amin. Pada masa yang sama, mereka turut menjelaskan, perkara seumpama ini sepatutnya dijadikan pengajaran yang perlu dipelajari bersama.

Perkongsian tersebut telah dikongsi lebih 600 ratus perkongsian dan pelbagai komen terhadap isu tersebut.

Sumber: PU Amin

SKIP THIS AD ×