berita

Ditegur Ustazah Asma, Admin ‘Riak Apa Hari Ni’ Minta Ahli Keluar Group Jika Takut Berdosa

February 23rd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Belum pun sampai sebulan ditubuhkan, Kelab Riak Apa Hari Ini sudah mendapat lebih 100 ribu ahli di Facebook. Kelab yang ditubuhkan sejak 2 Februari 2021 lalu mula menjadi hiburan terbaru netizen sehingga masing-masing berlumba-lumba untuk ‘riak’ di posting mahupun di ruangan komen.

Artikel Berkaitan : Makin Menjadi-Jadi Pula Trend Tayang Emas Di Media Sosial…

Artikel Berkaitan : Maaf Ia Sungguh Memalukan!’ – Ustazah Asma Tegur Musik Video ‘Parah Parah’ Ayda Jebat

Terbaru, pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun menasihati agar admin kela tersebut menukarkan nama kelab tersebut atau dipadam terus bagi mengelakkan dosa walaupun sekadar gurauan.

Jangan halalkan gurauan

Perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan caption riyak tapi kata gurau share pakaian dalam dan lain-lain sangat aib. Jangan indahkan perkataan keji ‘riyak’ atas nama gurauan.

Mendapat lebih 9K perkongsian, rata-rata bersetuju dengan pandangan ustazah Asma mengenai dosa yang sedang dihalalkan. Tak kurang juga yang berpendapat seolah olah kelab itu sengaja mempersendakan agama apabila segelintir netizen ada membuat gurauan tasbih dari emas.

Betul ustazah, sangat tak setuju menunjuk-nunjuk dengan riak. Paling terkilan siap permainkan zikir-zikir dengan tasbih kononnya. Allahuakbar dalam hati ini berkata-kata melampau sangat tiada yang menegur ke? Kebanyakan mereka hanya ketawa sakan, sedihnya..

Nasihat ustazah Asma turut mendapat perhatian admin kelab terbabit yang peka akan isu ini. Namun selepas berbincang, mereka tidak akan menukarkan nama kelab tersebut kerana merasakan itu hak individu.

Respon admin

Asalnya group ni hanya untuk membahan ahli jemaah kita yang masing-masing riak di dunia tipu-tipu. Kami para admin terima seadanya nasihat. Kita manusia masih bertuhankan Allah. Kita masih mengucap dua kalimah syahadah.

Menurut salah seorang admin kelab tersebut, kelab ini bertujuan hanya sebagai hiburan di musim pandemik dan tiada niat memperlekehkan golongan tidak mampu. Mereka juga mengaku bukan dari golongan bangsawan mahupun hartawan. Mereka hanya berniat sekadar tempat melepaskan tekanan di musim pandemik ini.

Pada yang rasa gurauan sahabat kami ini melampau-lampau. Anda boleh left sendiri sebab kalau semua stay dan mencari salah group lain. Anda fikir sendirilah.

Sumber : Riak Apa Hari Ni, Ustazah Asma

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×