berita

‘Rupanya Terlalu Singkat Masa Yang Kita Ada’ – Syamel, Ernie Reda Kehilangan Ibu Tersayang

August 25th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Kehilangan insan tersayang pastinya merupakan peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan apatah lagi apabila kehilangan ibu kandung sendiri. Itulah yang dirasai oleh penyanyi, Syamel yang kehilangan ibu tersayang akibat Covid-19.

Artikel berkaitan: Selepas Hampir Sebulan ‘Ditidurkan’, Ibu Syamel Meninggal Dunia

Di Instagram, Syamel dan Ernie Zakri meluahkan rasa rindu serta mengimbau kenangan sewaktu bersama arwah.

‘Rakamlah detik manis bersama’

Menerusi perkongsian itu, Syamel menyifatkan ibunya sebagai seorang yang berkarisma dan sering memberi pesanan berguna kepada anak-anak. Suami kepada Ernie Zakri ini juga mengingatkan pengikutnya untuk sentiasa merakam detik-detik ketika bersama keluarga sebagai kenangan untuk mengubat rindu kelak.

How I wish you guys jumpa dan kenal Umi. You will surely love her. Very charismatic dan setiap tutur kata penuh dengan pesanan dan peringatan. Kadang-kadang call tak kira masa kalau teringat sesuatu nak pesan, masa tu kita terfikir kenapa tak tunggu sampai rumah, boleh borak panjang, rupanya terlalu singkat masa yang kita ada untuk menunggu. Bangmel kongsikan sedikit pesanan Umi, masa ni nak keluar rumah nak drive, Umi suruh duduk kejap depan dia ada benda nak bagitahu, ha dengarlah. So cute! Bangmel record depan dia.

Buat yang masih ada ibu dan ayah, curahkanlah kasih sayang, berikan perhatian, dan merayulah doa daripada mereka. Mungkin doa dari seorang ibu buat Bangmel dah terputus di dunia ni, tapi segala pesanan dan ilmu yang diberikan akan diamalkan dan diingati sampai akhir usia.

Rakamlah detik-detik manis bersama sebanyak mungkin, walaupun tak mungkin dapat lepaskan rindu tapi percayalah, mencukupi untuk menemani kita di saat angin rindu datang singgah. Miss you Umi. Akan sentiasa mendoakan Umi ya. Muahhh Love You.

‘Allah pinjamkan Umi untuk saya’

Sementara itu, Ernie Zakri bersyukur kerana dipinjamkan ibu mentua yang digelar Umi untuk lima bulan sahaja selepas dia bernikah dengan Syamel. Akuinya, banyak keletah dan kenangan manis yang telah terpateri antara mereka.

Umi saya telah pergi buat selama lamanya kelmarin. Alhamdulillah, perjalanan untuk urusan pengebumian dipermudahkan semalam. Syukur Ya Allah. Allah SWT pinjamkan Umi untuk saya selama 5 bulan sahaja. Tiada kekesalan, hanya kenangan yang manis manis.

Subhanallah, rezeki saya dapat ibu mertua yang terlalu baik, kelakar, sporting, penuh dengan pesanan dan nasihat. Terlalu banyak yang saya belajar dengan beliau, walaupun diberi masa singkat. I don’t know if i’ve been a good daughter in law to you and Ayah, but I know I have the best mother and father in law ever. MasyaAllah. Anak-anak akan rindukan Umi sangat sangat especially your keletah.

Kami redha dengan pemergian Umi. Semoga Allah SWT lapangkan kubur Umi ku seluas mata memandang. Itu doa yang Umi selalu amalkan. Thank you Umi. I love you so much. Hanya Allah SWT yang tahu. Thank you for all the beautiful memories. Terima kasih pada semua yang mendoakan Umi. Semoga yang baik baik Allah SWT balas kepada anda semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYAMEL (@syamel_official)

Sumber: Syamel, Ernie Zakri

SKIP THIS AD ×