berita

Ryan Deedat Guna Kaedah ‘Edutainment’ Didik Ilmu Kewangan

March 5th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Malaysia, golongan millennial iaitu berumur 25 hingga 44 tahun tergolong dalam jumlah individu yang diisytihar muflis sejak lima tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Ryan Deedat Elak Hutang, Kukuhkan Kewangan Sebelum Berkahwin

Pakar bersihkan rekod senarai hitam

Menurut Pengarah Urusan Lulus.my, Hasrul Syafiq, berkata, 60 peratus merupakan golongan anak muda yang sudah tersilap langkah.

Oleh sebab itu, Lulus.my yang telah berkecimpung dalam dunia perniagaan pengurusan kewangan dan hutang sejak tahun 2016 menyediakan satu jalan penyelesaian yang efektif kepada individu yang terkesan.

Kami menawarkan perkhidmatan yang komprehensif termasuk penyatuan hutang, pembiayaan semula rumah dan pembaikan kredit terutamanya kepada kakitangan Awam, GLC dan juga kakitangan bank terpilih.

Kami juga pakar dalam membersihkan rekod senarai hitam CCRIS dan CTOS, saman serta isu berkaitan muflis. Dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan, kami dapat membantu rakyat Malaysia melalui strategi dan jalan penyelesaian yang holistik dan mengikut kesesuaian kepada cabaran kewangan individu tersebut.

Selain itu, kami juga memberi ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan dan hutang untuk membantu rakyat Malaysia sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang cabaran kewangan pada masa akan datang.

Guna konsep edutainment

Dalam pada itu, kata Hasrul lagi, Ryan Deedat yang dilantik sebagai duta dapat menawarkan ‘edutainment’. Jelasnya, Edutainment merupakan satu kaedah baharu yang sering diguna pada masa kini untuk memberi informasi yang berguna pada pelanggan.

Dengan adanya edutainment ini, ia boleh membantu lebih ramai pelanggan yang gemar mengunakan media sosial sebagai tempat untuk mendapatkan informasi.

Ryan juga merupakan pelajar sarjana pengurusan perniagaan jadi kami percaya dia mempunyai pengetahuan tentang ilmu dalam kewangan. Ini dapat membantu masyarakat untuk mengetahui lebih banyak tentang ilmu kewangan.

SKIP THIS AD ×