
Pempengaruh media sosial, Imran Aqil berkongsi mengenai perjalanan dan usaha dalam mengejar impiannya menyertai Ironman 70.3.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Kongsi ‘Wishlist’ Dahlia Rizal, Bukan Lagi Barang ‘Branded’ – ‘Dia Minta Selalu Pegang Tangan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Berang Dengan Individu Kurang Ajar, Tiada ‘Common Sense’ Dalam Wayang – ‘Dia Siap Meluc*h & Suruh Saya Duduk Perpustakaan’
‘Saya pernah dianggap selfish’
Menerusi perkongsian di Instagram, Imran atau nama lengkapnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 26, memaklumkan bahawa perjalanan itu bukanlah mudah kerana perlu membahagikan masa antara latihan, kerjaya dan keluarga.
Jujur, perjalanan ini bukan mudah. Bahagikan masa antara training, kerja dan keluarga sangat susah.
Malah, saya pernah dianggap selfish kerana mendaftar IRONMAN 70.3 tanpa memberitahu Dahlia. Pernah juga berlaku pertengkaran besar hanya kerana kegagalan saya mengurus masa dengan baik.
Selain berdepan dengan tekanan dan usaha mempersiapkan diri, Imran juga menyedari tanggungjawab terhadap keluarga makin terabai.
Anak sulung kami baru berusia 4 bulan, Dahlia pula masih dalam fasa pemulihan selepas pantang. Saat dia perlukan sokongan suami, saya pula sibuk kejar impian.
Meskipun menyedari tempoh tersebut sebenarnya bukan masa yang sesuai untuk menyertai pertandingan sebesar itu. Namun, dia bersyukur kerana Allah SWT memudahkan urusan melalui sokongan keluarga dan isteri.
Allah hadirkan jalan dengan komunikasi yang ikhlas, keluarga dan mentua yang sanggup hulurkan tangan jaga Yusra. Aku perlahan lahan dapat ruang untuk training.
Paling besar adalah sokongan Dahlia. Terima kasih sayang kerana tetap ada, tetap memahami, tetap jaga Yusra dengan penuh kasih sayang walaupun saya kadang hilang dalam kerja dan training. I love you. Moga Allah angkat darjat awak kerana jadi isteri yang sabar, kuat dan luar biasa.
IRONMAN 70.3 adalah salah satu impian terbesar saya. Doakan semoga saya dapat habiskan dengan baik.
Sumber: Imran Aqil






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

